95) TABUNG PENDIDIKAN ANAK PEKERJA LADANG

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis


  1. Sila nyatakan apakah perkembangan terkini Tabung Pendidikan tersebut ?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan berapakah jumlah peruntukan yang telah disalurkan dan senaraikan butiran terperinci mengenai jumlah bilangan anak pekerja ladang yang telah memperolehi manfaat daripada Tabung tersebut mengikut susunan ladang-ladang di seluruh Negeri Selangor ?

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan apakah bantuan dan insentif yang bakal disalurkan oleh Kerajaan Negeri selain daripada bantuan Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladang ?

    Klik jawapan »

95) BAS SELANGORKU

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Bertulis


  1. Apakah statistik penggunaan Bas Selangorku setiap bulan untuk 12 bulan yang lalu, mengikut setiap laluan bas?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah bilangan bas yang digunakan mengikut setiap laluan bas?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah hasil daripada jualan iklan untuk Bas Selangorku?

    Klik jawapan »

95) SURAU AL-FALAH PEKAN BANTING

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Berikan sejarah surau ini dan status hakmilik tanah surau ini.

    Klik jawapan »

95) MEMBASMI KEMISKINAN DAN MENINGKATKAN PENDAPATAN

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut


  1. Bagaimana strategi 1 dalam Belanjawan 2015, "Membesarkan lapisan kelas menengah melalui Program HIJRAH" mampu membasmi kemiskinan serta meningkatkan pendapatan?

    Klik jawapan »

  2. Apakah peratusan lapisan kelas menengah yang ingin dicapai serta ukuran yang digunakan keluar daripada kemiskinan?

    Klik jawapan »

95) SKIM MIKROKREDIT SKIMSEL DAN MIMBAR SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Bertulis


  1. Skim Mikrokredit SKIMSEL dan MIMBAR Selangor bertujuan untuk memberi pinjaman mikrokredit kepada usahawan mikro dalam dan luar bandar. Apakah benar dana daripada skim ini digunakan untuk tujuan selain daripada membantu usahawan mikro? Jika ada, sila jelaskan untuk apa dan berapakah nilainya.

    Klik jawapan »

  2. Berapakah kos operasi pentadbiran dan pengurusan tahunan Skim Mikrokredit SKIMSEL dan MIMBAR Selangor?

    Klik jawapan »

95) PEMBERI MILIKAN TANAH

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut


  1. Apakah asas yang digunakan Kerajaan Negeri dalam pemberi milikan tanah sama ada individu atau syarikat?

    Klik jawapan »

  2. Apakah Kerajaan Negeri masih melaksanakan pemberi milikan tanah kurnia?

    Klik jawapan »

95) PENTERNAKAN BURUNG WALIT DALAM HUTAN SIMPAN KEKAL (HSK)

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Merujuk Laporan Ketua Audit Negara Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2008, muka surat 65: ÒPada pendapat Audit, penguatkuasaan terhadap penternakan burung walit di HSK oleh JPNS tidak memuaskan kerana JPNS belum mengemukakan cadangan tindakan yang perlu diambil berkaitan aktiviti penerokaan haram untuk keputusan MMKNÓ. Tidak terdapat ulasan daripada Jabatan dalam Memorandum Laporan Ketua Audit Negara 2008 Selangor. Apakah sebab-sebab boleh berlakunya pencerobohan HSK bagi tujuan penternakan burung walit secara komersial oleh syarikat-syarikat swasta?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah yang telah disyorkan oleh Jabatan bagi keputusan MMKN?

    Klik jawapan »

  3. Apakah program dan jadual kerja bagi menyelesaikan masalah ini?

    Klik jawapan »

95) JALAN-JALAN PERSEKUTUAN

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Bertulis


  1. Adakah JKR Persekutuan akan menyerahkan Jalan Pandamaran, Jalan Banting Pandamaran kepada JKR Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan sebab-sebab jika tidak.

    Klik jawapan »

95) ALAM SEKITAR

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail

Kategori: Mulut


  1. Apakah dasar Kerajaan dalam pemeliharaan hutan simpanan yang terlibat dalam Projek Infrastruktur Persekutuan?

    Klik jawapan »

  2. Apakah perancangan Kerajaan dalam pemeliharaan lembaran sungai supaya pembekalan sumber air tidak tercemar?

    Klik jawapan »

  3. Apakah status dan rancangan Kerajaan dalam usaha mengurangkan emisi Karbon atau Jejak Karbon?

    Klik jawapan »

95) STRATEGI PERUMAHAN UNTUK RAKYAT

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohamad Khir Bin Toyo

Kategori: Bertulis


  1. Sebelum ini kerajaan negeri Selangor mempunyai dasar pembangunan bercampur yang disyaratkan kepada semua pemaju bagi memenuhi keperluan rakyat seperti Rumah kos rendah (RM 42,000.00), Rumah Kos sederhana rendah (di bawah RM 100,000.00), Rumah Kos Sederhana (Di bawah RM 500,000.00) dan harga rumah bebas. Adakah dasar ini masih dikekalkan? Jika tidak apakah dasar perumahan baru kerajaan negeri bagi memenuhi keperluan rakyat pelbagai lapisan pendapatan.

    Klik jawapan »

  2. Berapakah harga rumah mampu milik yang ditetapkan oleh kerajaan negeri pada masa ini.

    Klik jawapan »

  3. Apakah strategi dan polisi kerajaan negeri dalam memastikan Pemaju memenuhi keperluan perumahan rakyat terutamanya bagi perumahan kos rendah dan kos sederhana rendah.

    Klik jawapan »