94) BANTUAN JKM SEPANJANG 2016
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah penerima bantuan dan apakah kategori bantuan?
-
Berapakah jumlah penerima yang tidak lagi perlu bergantung kepada bantuan?
-
Apakah program yang dirangka bagi meningkatkan potensi penerima supaya tidak bergantung lagi kepada bantuan?
94) PERBELANJAAN UNTUK MEMBANTERAS KEMISKINAN
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan senarai perbelanjaan dalam perkara membanteras kemiskinan dalam tahun 2008-2013
-
Sila kemukakan senarai perbelanjaan untuk membanteras kemiskinan DUN Teratai dalam tahun 2008-2013
-
Berapakah jumlah peratusan dan peruntukan 2014 yang diagihkan untuk membanteras kemiskinan?
94) BAJET KERAJAAN KEPADA JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS)
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Bertulis
-
Berapakah bajet tahunan JAIS dari tahun 2013 hingga 2017?
-
Apakah program utama JAIS dalam melaksanakan bajet yang disediakan ?
-
Apakah usaha JAIS dalam memenuhi keperluan Sekolah Rendah Agama (SRA) yang kian meningkat ?
94) KEMISKINAN HAID
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam membasmi isu kemiskinan haid dalam kalangan remaja perempuan terutamanya di luar bandar?
94) TANAH REVOLUSI HIJAU
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Huraikan secara terperinci perancangan kerajaan negeri di kawasan terlibat untuk 5 tahun akan datang kerana masalah pembinaan kilang haram kian meruncing.
-
Apakah pelan bagi mengatasi masalah kebakaran di situ?
-
Perincikan jumlah pemohon tanah pertanian di kawasan terlibat dan kenapa hingga kini masalah tanah bertindih belum diselesaikan.
94) PUSAT PENJAGAAN KANAK-KANAK DAN TADIKA
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Sila bekalkan jumlah pusat penjagaan kanak-kanak di tempat bekerja (workplace childcare) di Negeri Selangor mengikut daerah.
-
Sila senaraikan semua pusat penjagaan kanak-kanak atau tadika di bangunan Kerajaan Negeri Selangor dan nyatakan bilangan kanak-kanak serta yuran yang dikenakan.
94) BILANGAN RESTORAN DI PETALING JAYA
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Butirkan bilangan restoran di Petaling Jaya mengikut seksyen dan juga jenis restoran.
94) PENGELUARAN GERAN TANAH DI SELANGOR
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Jumlah Geran-geran Tanah yang dikeluarkan dalam tempuh tahun 2008 hingga akhir 2017 mengikut kategori: (i) Tapak Rumah Kampung (ii) Tapak Projek Perumahan (iii) Tapak Perindustrian & (iv) Tanah Pertanian
-
Nyatakan keluasannya.
94) WANG MARRIS
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah wang MARRIS yang diterima Kerajaan Negeri pada tahun 2016?
-
Nyatakan jumlah dan tujuan perbelanjaan wang MARRIS yang telah dibelanjakan sehingga sekarang mengikut PBT?
94) PILIHANRAYA KERAJAAN TEMPATAN
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Bertulis
-
Dewan Undangan Negeri telah pun meluluskan usul Pilihan Raya Kerajaan Tempatan. Apakah tindakan yang telah dilaksanakan untuk merealisasikan matlamat ini.
-
Adakah Kerajaan Negeri melibatkan badan-badan bukan kerajaan tentang perkara ini.
-
Adakah tujuan menghadapi tentangan dari Kerajaan Pusat