94) PELABUR DALAM NEGARA DAN LUAR NEGARA
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan pelabur dalam negara di Klang sejak 2013
-
Senaraikan pelabur luar negara di Klang sejak 2013.
-
Apakah insentif yang disediakan oleh Kerajaan Negeri untuk menarik pelabur?
94) RUNGUTAN RAKYAT TENTANG OSC
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Rungutan dari rakyat meningkat tentang kakitangan di Pihak Berkuasa Tempatan terutama di OSC yang tidak mesra pelanggan. Apakah semua kakitangan OSC ini pernah diberi kursus bersama? Jika tidak bilakah ianya akan dibuat?
94) KESELAMATAN KANAK-KANAK DI TAMAN PERMAINAN
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad
Kategori: Mulut
-
Sila senaraikan kes jenayah yang mana kanak-kanak menjadi mangsa di taman-taman permainan di seluruh negeri Selangor
-
Apakah langkah-Iangkah kerajaan negeri bagi mempertingkatkan keselamatan kanak-kanak di taman-taman permainan di negeri Selangor khususnya selepas kes Nurin Jazlin dan Sharlinie
94) KERJA-KERJA PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN JPS KUALA LANGAT
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua kerja pembangunan, penyelenggaraan yang selesai, dalam peringkat perancangan, yang telah dikemukakan permohonannya dan sedang berlangsung di Kuala Langat untuk tahun 2018, 2019 dan 2020.
-
Apakah rancangan JPS untuk melaksanakan Kajian Sistem Saliran Bandar Banting yang disiapkan pada tahun 2013?
94) JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS)
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Mulut
-
Bilakah projek perumahan asnaf di tapak PKPS akan bermula?
-
Apakah syarat-syarat yang diperlukan untuk memohon perumahan tersebut?
94) TANAH DAN SUMBER ALAM
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan kerajaan dalam menyelaraskan tanah-tanah yang terbiar bagi mengelakkan penggunaan secara haram?
-
Apakah usaha kerajaan dalam memastikan penggunaan tanah-tanah bagi tujuan pertanian lebih teratur dan sistematik?
94) YAYASAN SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan pendapatan Yayasan Selangor untuk tempoh 5 tahun sejak 2014 sehingga kini.
-
Apakah punca permasalahan tersebut, dan apakah cadangan pihak pengurusan Yayasan untuk meningkatkan pendapatan Yayasan Selangor?
94) SKIMSEL DAN MIMBAR
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Di segi pelaksanaan mengapa SKIMSEL lebih efektif dan efisien berbanding MiMBAR; atau sebaliknya?
-
Dari segi pemberdayaan wanita apakah kelebihan SKIMSEL berbanding MiMBAR; atau sebaliknya?
-
Di segi membasmi kemiskinan apakah kelebihan SKIMSEL berbanding MiMBAR; atau sebaliknya?
94) BANTUAN JKM SEPANJANG 2016
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah penerima bantuan dan apakah kategori bantuan?
-
Berapakah jumlah penerima yang tidak lagi perlu bergantung kepada bantuan?
-
Apakah program yang dirangka bagi meningkatkan potensi penerima supaya tidak bergantung lagi kepada bantuan?
94) PERBELANJAAN UNTUK MEMBANTERAS KEMISKINAN
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan senarai perbelanjaan dalam perkara membanteras kemiskinan dalam tahun 2008-2013
-
Sila kemukakan senarai perbelanjaan untuk membanteras kemiskinan DUN Teratai dalam tahun 2008-2013
-
Berapakah jumlah peratusan dan peruntukan 2014 yang diagihkan untuk membanteras kemiskinan?