94) HOSPITAL & KLINIK
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah dan lokasi hospital, klinik dan rumah-rumah sakit di seluruh Negeri Selangor?
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor memainkan apa-apa peranan bagi menjaga keselamatan dan kebajikan kesemua rumah-rumah sakit di seluruh Negeri Selangor pada masa kini?
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi menjaga kebajikan pesakit-pesakit di kesemua rumah-rumah sakit di Negeri Selangor ini?
94) PUSAT AKTIVITI WARGA EMAS
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Bertulis
-
Adakah kerajaan berhasrat menambah PAWE mengikut DUN supaya bukannya setiap Parlimen satu sahaja?
-
Apakah usaha kerajaan menjaga warga emas selain daripada SMUE?
94) SMUE
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Berapakah peruntukan yang digunakan sehingga 2011?
-
Berapakah bilangan ahli yang mendapat manfaat?
94) BEKALAN AIR BERSIH DAN BEKALAN LETRIK DI KAWASAN DESA
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Pembangunan Luar Bandar
Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay
Kategori: Bertulis
-
Berapakah bilangan kampung dan ladang di Negeri Selangor yang masih belum mendapat bekalan air dan bekalan elektrik secara berterusan. Namakan kampung dan ladang tersebut ?
-
Di berapa kawasan masalah tersebut di atas diselesaikan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor ? Namakan kawasan tersebut ?
-
Apakah langkah yang telah diambil untuk mengatasi masalah ini ? Tolong berikan jadual masa bila masalah ini akan diselesaikan
94) KEPADATAN PENDUDUK DI KAWASAN PBT
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Bertulis
-
Adakah kerajaan sedar terdapat penempatan penduduk setengah PBT sangat padat sehingga menimbulkan kelemahan sistem pengurusan sampah, jalan, perparitan, bekalan air dll?
-
Jika ya, adakah kerajaan bercadang membuat peraturan pengawalannya bagi menjamin keselesaan penduduknya pada masa hadapan?
-
Mohon nyatakan perancangan kerajaan.
94) PROGRAM MIKROKREDIT
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Usahawan
Adun:
Kategori: Mulut
-
Sehingga kni berapa ramai pemohon telah diluluskan mengikut kawasan DUN?
-
Berapa jumlah pinjaman keseluruhan yang telah diluluskan?
94) KAWASAN HIJAU SUBANG JAYA
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Bertulis
-
Adakah kawasan lapang / hijau yang sedia ada di Subang Jaya (dari SS12 hingga SS19) mencukupi mengikut undang-undang? Sila berikan butir-butir
-
Apakah impak Taman Subang Ria dalam pengiraan peratusan kawasan lapang di atas?
94) PENEROKA BANDAR
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah penempatan Peneroka Bandar di seluruh Selangor setakat 2013?
-
Berapakah jumlah penempatan Peneroka Bandar mengikut DUN sehingga 2013?
-
Berapakah jangkaan jumlah penempatan Peneroka Bandar di DUN Gombak Setia yang akan mendapat penempatan kekal sehingga 2014?
94) PELEBARAN DAN NAIKTARAF JALAN RAYA BATU TIGA, SHAH ALAM KE SG. BULOH
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Bertulis
-
Siapakah kontraktor yang melaksanakan kerja pelebaran dan naik taraf jalan raya tersebut ?
-
Kenapakah projek ini belum siap lagi walaupun ianya telah bermula 5 hingga 6 tahun yang lalu ?
-
Kesesakan jalan raya menimbulkan kemarahan rakyat. Apakah langkah yang diambil untuk mempercepatkan projek pembinaan ini ?
94) KUTIPAN ZAKAT DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Kutipan zakat di Negeri Selangor adalah yang tertinggi sepanjang lima tahun berturutturut. Bagaimana usaha Kerajaan Negeri untuk menambah baik sistem pengagihan zakat untuk membasmi kemiskinan termasuk pendidikan.