93) ASET PKNS
Tahun: 2011
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
-
Adakah pendekatan penjualan aset PKNS tersebut adalah strategi baru kerajaan negeri "MERANAPKAN" ekonomi rakyat Selangor dan bukan Merakyatkan Ekonomi Selangor?
-
Adakah kompleks PKNS yang terlekat di Bangi juga akan turut dijual?
-
Adakah penjualan aset ini adalah buah fikiran daripada Penasihat Ekonomi Selangor yang dilantik oleh kerajaan negeri?
93) BANTUAN DARIPADA JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT SELANGOR (JKM)
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah keseluruhan bantuan yang diberikan oleh JKM Selangor dalam tahun 2006-2010?
-
Apakah jenis-jenis bantuan dan jumlah yang diberi mengikut daerah?
-
Adakah senarai penerima bantuan-bantuan yang diberi dimaklumkan kepada ADUN-ADUN di kawasan berkaitan? Jika tidak, mengapa?
93) PUSAT PERJUDIAN
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Berapakah bilangan pusat cybercaf dan perjudian internet yang telah diambil tindakan serta penutupan sepanjang tahun 2009?
-
Berapakah bilangan pusat Ð pusat ini di DUN Lembah Jaya dan berapakah yang telah ditutup?
93) PENDUDUK KOTA KEMUNING MASIH BERTANYA TENTANG RAMP MENGHUBUNGKAN PERSIARAN ANGGERIK MALAXIS DAN PERSIARAN ANGGERIK MOKARA KOTA KEMUNING
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Bertulis
-
Apakah punca ramp ini tidak dibina, walaupun ianya ada dalam pelan susun atur MBSA Tahun 1996?
-
Huraikan dengan terperinci pihak yang menyumbang dalam pembinaan ÒExitÓ Bukit Rimau.
93) PRESTASI PIHAK BERKUASA TEMPATAN
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun:
Kategori: Mulut
-
Berdasarkan perkembangan kawasan dan penduduk, adakah boleh diwujudkan kawasan PBT baru di Selangor?
-
Nyatakan lima PBT terbaik di Selangor, kriterianya dan cara memantau prestasinya?
-
PBT manakah di Selangor yang telah mendapat anugerah tertentu hasil kualiti perkhidmatan mereka dan kaedah untuk mengekalkan pencapaian?
93) BELANJAWAN PERBEKALAN TAHUN 2009
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Meminta satu senarai perbelanjaan mengikut Maksud B1 [Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan] hingga B29 [Perbendaharaan (Perbelanjaan Am)] sehingga sekarang berbanding dengan apa yang telah dibajetkan untuk tahun 2009.
93) RUMAH REHAT BANGLO SULTAN SULAIMAN BUKIT FRASER
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri merancang untuk memperbaiki kerosakan Rumah Rehat Banglo Sultan Sulaiman Bukit Fraser yang penuh dengan tempahan pada hujung minggu. Jika tidak, nyatakan sebabnya
93) KAMPUNG TERSUSUN DAN JETI UNTUK NELAYAN ASSAM JAWA
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay
Kategori: Mulut
-
Untuk membela nasib kaum nelayan di Kampung Assam Jawa,Kuala Selangor .kerajaan negeri patut menyegerakan pembangunan Kampung Tersusun Nelayan dan sebuah Jeti di kawasan Assam Jawa. Laporan berkenaan masalah kaum nelayan telah pun diberi kepada pihak kerajaan dua tahun yang lalu. Apakah perkembangannya setakat ini ?
93) KEROSAKAN JALAN DI PERSIARAN HAMZAH ALANG MERU
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Apakah ada perancangan dan statusnya untuk baikpulih atau naik taraf jalan tersebut?
-
Bagaimanakah perancangan baikpulih jangka pendek dapat dilaksanakan?
93) POTONGAN BEKALAN AIR KERANA SEBAHAGIAN PENDUDUK DI PANGSAPURI TIDAK MENJELASKAN BIL AIR
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
-
Merujuk perkara di atas, adakah kerajaan mengadakan satu polisi atau cara-cara mengatasi masalah potongan bekalan air? Sila nyatakan.