93) HOTSPOT PAIP PECAH
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Butirkan hotspot paip air pecah untuk tahun 2017 dan 2018.
-
Apakah jumlah panjang paip bagi setiap hotspot tersebut?
93) ON DEMAND BUS HAILING
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai rancangan untuk memperkenalkan sistem 'on demand bus hailing'?
-
Jika ya, syarikat yang manakah Kerajaan Negeri akan bekerjasama dengan?
93) ISU PENYELESAIAN PENEROKA BANDAR DI JALAN PAPAN, PANDAMARAN
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Mulut
-
Sudahkah senarai 181 penama peneroka bandar Jalan Papan yang telah dimuktamadkan dalam mesyuarat pada 23/6/2016 diendorskan oleh MMKN?
-
Bilakah tawaran-tawaran kepada 181 penama peneroka bandar Jalan Papan dapat dikeluarkan oleh Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor?
-
Apakah status terkini perkara ini?
93) PENGGUNAAN KENDERAAN ELEKTRIK DI AGENSI ATAU JABATAN KERAJAAN DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Mulut
-
Apakah pihak kerajaan berhasrat menggunakan kenderaan elektrik di agensi atau jabatan kerajaan yang terdapat di Negeri Selangor?
93) MENAIKTARAF JALAN
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri menaik taraf Jalan Kampung Lombong, Saujana Putra berkeadaan rosak serius kerana ia berkepentingan memberikan kemudahan pandu lalu dari Saujana Putra ke Taman Mas, Taman Putra Prima dan kawasan perumahan sekitarnya dan sebaliknya?
93) PROJEK MORIB BAY
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin
Kategori: Mulut
-
Berapakah Keluasan Projek Morib Bay yang telah diluluskan Kebenaran Merancang oleh Mdkl ?
-
Adakah kajian dilaksanakan , impak projek ini kepada kampung-kampung tradisi yang berdekatan? Adakah garis panduan buffer zone yang sedia ada mencukupi?
93) KAWASAN TANAH MILIK KERAJAAN NEGERI DAN PUSAT DI KOTA DAMANSARA
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan keluasan tanah yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri atau Pusat yang masih tidak digunakan di Kota Damansara?
-
Nyatakan perancangan bagi kegunaan tanah yang masih belum digunapakai dalam jangka masa terdekat?
93) SUBSIDI AIR
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim
Kategori: Mulut
-
Kerajaan negeri memberi kupon air percuma untuk subsidi air penduduk di kawasan flat yang menggunakan meter pukal. Sejak bilakah kupon tersebut mula dikeluarkan ?
-
Berapakah jumlah kewangan yang telah dikeluarkan dan siapakah atau penduduk manakah yang telah menerima kupon sepanjang tempoh tersebut ?
-
Apakah mekanisme pemberian kupon tersebut kerana wujud dakwaan penduduk yang tidak pernah menerimanya ?
93) TANAH PEGANGAN PAJAK
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Mulut
-
Berapa lama sebelum tempoh sebidang tanah pegangan pajak luput/tamat yang pemiliknya dibenarkan untuk membuat permohonan untuk melanjutkan tempoh secara menyerahkan hakmilik kepada Kerajaan Negeri dan memohon pemberian milik semula tanah tersebut?
93) PROJEK PEMBETUNGAN D44 DI BUNUS PADA HAKIKATNYA GAGAL DAN MESTI DITAMATKAN SEGERA
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah pendirian Kerajaan Negeri terhadap Projek D44 yang rakyat anggap sebagai gagal?
-
Adakah Kerajaan Negeri tidak perakui rakyat derita kerana projek ini? Jika ya mengapa tidak ditamatkan?