93) JABATAN AUDIT
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
-
Adakah setiap projek yang dijalankan oleh PBT haruslah diaudit oleh Jabatan Audit?
-
Kalau projek tidak diaudit apakah tindakan yang boleh diambil untuk menghukum pegawai yang bertanggungjawab?
93) PELAN MENYELURUH (BLUEPRINT) SALIRAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Pembangunan yang sedang dan akan dilaksanakan dalam tempoh 10 tahun akan datang memerlukan pelan saliran yang rapi. Bilakah siap Pelan Menyeluruh Saliran bagi negeri Selangor?
93) PERKHIDMATAN ONLINE PTGS
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Terangkan fungsi dan dan peranan sistem-sistem perkhidmatan online yang disedia oleh PTGS seperti yang berikut
93) HOSPITAL AWAM
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Bilakah Petaling Jaya boleh mendapat sebuah hospital awam, yang kini penduduk sekitar terpaksa pergi ke hospital swasta atau separa kerajaan dan terpaksa membayar kos rawatan yang tinggi? Bagaimana kerajaan boleh bantu atasi masalah ini?
93) JUMLAH PERBELANJAAN BAGI PASCA BANJIR DI DUN DUSUN TUA
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof
Kategori: Bertulis
-
Apakah kerja-kerja baik pulih atau pembinaan di kawasan DUN Dusun Tua pasca bencana banjir pada Disember 2021 yang telah kerajaan lakukan?
-
Berapakah yang telah dibelanjakan untuk setiap kerja itu?
93) RIZAB NEGERI SELANGOR
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Bertulis
-
Berapakah baki rizab Negeri Selangor setiap tahun, dari tahun 2013 hingga 2017?
-
Apakah faktor yang menyumbang kenaikan rizab negeri?
-
Apakah usaha Kerajaan untuk terus meningkatkan rizab negeri?
93) PELAKSANAAN PELAN INDUK PENGANGKUTAN AWAM (PIPANS)
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Mulut
-
PIPANS dihasilkan bagi mengatasi masalah trafik di kawasan awam. Walaubagaimanapun, perlaksanaannya bergantung pada ketersediaan dana. Apakah Kerajaan Negeri akan kaji semula sekiranya pelan tersebut sudah dirangka bertahun-tahun dan terdapat kemungkinan penemuan di dalam tidak bersesuaian lagi?
93) PELAN TINDAKAN TANGANI GST
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim
Kategori: Bertulis
-
Pelan tindakan terperinci Kerajaan Negeri untuk membantu meringankan beban ledakan inflasi dan lonjakan kos sara hidup ke atas rakyat Selangor akibat program rasionalisasi subsidi dan pelaksanaan GST.
93) HIJRAH MENGELUARKAN INDIVIDU DARIPADA KEMISKINAN
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Adakah kajian keberkesanan HIJRAH mengeluarkan individu daripada kemiskinan telah dijalankan? Apakah dapatan dan rumusan yang dapat dibuat daripada kajian tersebut?
93) HASIL LAWATAN LUAR NEGARA
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua kejayaan yang diperoleh Kerajaan Negeri hasil lawatan luar negara.
-
Adakah Kerajaan Negeri akan meneruskan lawatan ke luar negara pada masa akan datang?