92) MIMBAR
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Berapakah bilangan peserta yang telah Berjaya?
-
Bilangan peserta Berjaya mengikut pecahan kaum?
-
Berapakah jumlah peruntukan yang telah dibayar dan apakah kriteria utama kelulusan permohonan MIMBAR?
92) BAJET NEGERI SELANGOR
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr. Cheah Wing Yin
Kategori: Mulut
-
Patutkah Kerajaan Selangor mempertimbangkan membentangkan Bajet Berdefisit Fiskal?
-
Apakah ciri-ciri rangsangan fiskal ini?
-
Apakah mekanisme pantauan yang ada atau patut di bentuk?
92) PEMBANGUNAN TEKNOLOGI 5G
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Borhan Bin Aman Shah
Kategori: Mulut
-
Apakah status perlaksanaan teknologi 5G di Negeri Selangor?
-
Nyatakan kos yang telah dibelanjakan untuk penaiktarafan teknologi di Negeri Selangor
-
Apakah status kesiapsagaan Pentadbiran Negeri Selangor dalam penerimaan teknologi 5G ini?
92) PENCEROBOHAN TANAH KERAJAAN DAN HUTAN SIMPAN
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof
Kategori: Mulut
-
Apakah kaedah yang digunapakai oleh Kerajaan Negeri untuk mengesan pencerobohan tanah-tanah kerajaan dan hutan simpan?
92) PENDEDAHAN LIABILITI KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan dalam RM pendedahan liabiliti Kerajaan Negeri melalui guaman mahkamah.
92) UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Memandangkan Kerajaan Negeri Sembilan sedang meninjau kemungkinan untuk meminda Undang-undang Keluarga Islamnya untuk mengatasi masalah hak jagaan anak akibat pertukaran agama salah seorang daripada pasangan bukan Islam ke dalam Islam, adakah kerajaan Selangor sedang menuju ke arah usaha yang sama?
92) STATUS PROJEK SABDA
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Apakah perkembangan pembangunan bagi SABDA terutamanya Projek Pertanian Selangor Smart Agro Park (SSAP) @ Sungai Air Tawar dan Food Security Project?
92) PEMBANGUAN BANDAR DAN JALAN
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Pang Sock Tao
Kategori: Bertulis
-
Merujukan kepada Kebenaran Merancang untuk pembangunan Seksyen 4 Bandar utama Batang Kali. Terdapat satu jalan utama iaitu Jalan Mahagoni Utama 2 masih belum siap dibina sepenuhnya oleh pihak pemaju. Apakah perancangan dan tindakan akan diambil oleh Majlis Perbandaran Hulu Selangor dalam pembinaan aksessibiliti tersebut?
-
Adakah benar pembinaan Jalan Mahagoni Utama 2 merupakan ketetapan MPHS bagi pembanguan Seksyen 4 Bandar Utama Batang Kali dan ia dibawah tanggungjawab pihak pemaju? Jika ya , bilakah tarikh akhir untuk menyiapkan pembinaan tersebut?
-
Berapakah keluasan tanah milik Ligamas Sdn Bhd di Seksyen 4 Bandar Utama Batang Kali masih dalam kerja pembangunan atau belum dimulakan kerja?
92) PELABURAN, PERINDUSTRIAN DAN PERDAGANGAN
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Berapakah yang telah dibelanjakan dalam misi pelaburan dan lawatan teknikal ke negara-negara luar oleh Kerajaan Negeri sejak 2008?
-
Berapakah pelaburan yang dapat dihasilkan daripada misi dan lawatan teknikal tersebut?
-
Apakah nisbah kos yang dibelanjakan berbanding pulangan pelaburan jika ditinjau di segi konsep Òvalue for moneyÓ?
92) JALAN BANTING, PANDAMARAN
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan kos naiktaraf Jalan Banting, Pandamaran
-
Senaraikan butir-butir projek tersebut seperti tarikh mula, tarikh siap dan skop