92) PROJEK PENUKARGANTIAN PAIP AIR
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Berapakah peruntukan yang telah diluluskan untuk menukarganti paip air lama untuk tahun 2020?
-
Senaraikan projek-projek penukargantian paip air yang telah diluluskan untuk tahun 2020 dan sudah bermula.
-
Senaraikan juga projek-projek penukargantian paip air yang telah bermula pada tahun 2019 tetapi masih belum selesai sehingga sekarang.
92) PEMBAIKAN SUNGAI DAN PENGAIRAN DI DUSUN TUA
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz
Kategori: Mulut
-
Nyatakan kerja-kerja pengorekan yang telah dijalankan sepanjang 2024 di kawasan sungai Dusun Tua.
-
Apakah usaha agensi dalam menangani isu sungai yang terjejas akibat banjir baru-baru ini pada awal November 2024?
92) SKIM SMUE DAN TAWAS
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong
Kategori: Bertulis
-
Apakah bilangan penerima mengikut DUN dan status program SMUE bagi bulan Jun sehingga sekarang?
92) PROJEK TERBENGKALAI
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan nama-nama pemaju yang gagal menyiapkan projek mengikut pecahan daerah dari tahun 2005 hingga 2007 dan apakah tindakan yang dikenakan terhadap mereka ini ?
-
Sila nyatakan apakah punca sebenar yang menyebabkan para pemaju tidak dapat menyiapkan projek yang dikendalikan oleh mereka mengikut jadual yang ditetapkan ?
-
Sila nyatakan apakah langkah-Iangkah yang diambil oleh Kerajaan bagi membantu mereka memulihkan projek yang terbengkalai demi untuk membela kepentingan para pembeli rumah ?
92) FOKUS UTAMA KERAJAAN
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Perindustrian
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan fokus utama Kerajaan Negeri industri kecil dan sederhana
-
Apakah kriteria kelayakan untuk dapat bantuan kerajaan?
-
Senaraikan penerima yang sudah berjaya sejak 2014
92) CADANGAN TERAKHIR PEMBANGUNAN KG WARISAN
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Apa pendirian Kerajaan Negeri terhadap cadangan rakyat yang mahukan ADUN Hulu Kelang menjadi penggembleng sumber, idea dan modal untuk menerajui menerajui satu Task-Force bagi pembangunan Kg Taman Warisan di Klang Gate tanpa sebarang bayaran?
92) PENJAGAAN PALIATIF
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei
Kategori: Bertulis
-
Apakah kemudahan yang sedia ada untuk pesakit penjagaan paliatif di bawah Kerajaan Negeri Selangor?
-
Bolehkan Selgate menyediakan pusat bagi penjagaan paliatif di Negeri Selangor?
92) PENULARAN WABAK DENGGI
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz
Kategori: Mulut
-
Nyatakan perancangan Kerajaan Negeri dan PBT dalam menyelesaikan masalah penularan wabak denggi.
-
Taman Sri Nanding di Dusun Tua menjadi hotspot Nombor 1 kes tertinggi di Malaysia, apakah tindakan berwajib?
92) HUB PENGAJIAN AL-QURAN DI HULU LANGAT
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Bertulis
-
Di DUN Dusun Tua sekarang mempunyai 15 buah pusat tahfiz dengan jumlah pelajar seramai 1330 orang dan sedang berkembang. Adakah kerajaan bercadang untuk menjadikan Hulu Langat sebagai Hub Pengajian Al-Quran dengan menyediakan: i. Bantuan kewangan ii. Program Lanjutan di UNISEL atau rancangan lain. Nyatakan.
92) BANJIR DI DUN KOTA DAMANSARA
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
-
Apakah faktor berlakunya banjir yang kerap berlaku di DUN Kota Damansara?
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah tersebut?
-
Nyatakan bantuan yang diberikan kepada mangsa banjir pada tahun 2015?