92) KONTRAK PEMBERSIHAN KAWASAN ZON-ZON PBT

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Bertulis


  1. Bagaimanakah Kerajaan Negeri menilai kemajuan aktiviti kontrak pembersihan di kawasan zon-zon PBT dan adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk memberi keutamaan dan kepercayaan kepada JKP untuk mengambil alih kontrak pembersihan di kawasan masing-masing yang dilihat lebih berkesan di samping menerapkan sikap bertanggungjawab serta dapat menjana ekonomi penduduk setempat.

    Klik jawapan »

92) PENTADBIRAN MUKIM DAN KAMPUNG

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. ADUN memainkan peranan sebagai agensi Kerajaan Negeri melalui pentadbiran daerah dan juga mukim di bawah Penghulu Mukim. Sekiranya terdapat cukup bukti apakah tindakan Kerajaan Negeri terhadap Penghulu yang menerima dan menjalankan arahan selain daripada Pegawai Daerah?

    Klik jawapan »

  2. Penghulu yang lebih mengutamakan kerjasama dengan pengerusi JKKKP daripada pengerusi JKKK?

    Klik jawapan »

  3. Penghulu yang menjalankan serta membuka ruang bagi menjayakan Program People Centric anjuran Kerajaan Pusat?

    Klik jawapan »

92) PERUNTUKKAN MARRIS

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah jumlah peruntukkan MARRIS yang telah dikumpulkan setakat ini dan berapakah peruntukkan yang telah digunakan, serta agihkan peruntukkan untuk setiap DUN?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah bagi memastikan kerja MARRIS mematuhi piawaian dan aspek teknikal?

    Klik jawapan »

  3. Bagi kerja MARRIS yang tidak memuaskan, apakah tindakan yang boleh diambil, terutamanya apabila aduan diterima dalam tempoh yang lama selepas siap kerja?

    Klik jawapan »

92) PEMBANGUNAN WANITA BERDAYA

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah peruntukan PWB untuk setiap DUN dalam setahun?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimanakah cara pembayaran elaun kepada penyelaras PWB setiap DUN?

    Klik jawapan »

  3. Apakah aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh kerajaan dalam usaha membangunkan sosial wanita dan masyarakat?

    Klik jawapan »

92) BENTENG PENGHALANG PASIR

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis


  1. Sila nyatakan bilakah pihak Kerajaan Negeri akan memanjangkan lagi benteng penghalang pasir di pantai Bagan Sekinchan demi untuk lebih berkesan menghalang pasir daripada masuk ke muara Sungai Sekinchan?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan apakah kaedah jangka panjang yang lebih berkesan bagi menghalang pasir daripada terus masuk ke muara Sungai Sekinchan?

    Klik jawapan »

92) KILANG PLASTIK HARAM

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan bilangan kilang plastik haram di Selangor mengikut DUN.

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan tindakan yang telah diambil dan berapakah pengusaha yang telah dikenakan ke mahkamah.

    Klik jawapan »

92) SELANGOR SEBAGAI NEGERI RENDAH KARBON

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Mulut


  1. Salah satu fokus Kerajaan Negeri adalah menjadikan Selangor negeri rendah karbon. Apakah tindakan drastik yang telah diambil bagi menggalakkan masyarakat dan apakah jenis KPI yang telah ditetapkan?

    Klik jawapan »

  2. Apakah usaha yang telah dilakukan bagi menggalakkan Kecekapan Tenaga dan Tenaga Boleh Diperbaharui?

    Klik jawapan »

92) BANTUAN PELAJAR UNIVERSITI

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei

Kategori: Bertulis


  1. Apakah program dan bantuan yang ditawarkan kepada pelajar universiti daripada latar belakang ekonomi berpendatan rendah?

    Klik jawapan »

  2. Bolehkah kerajaan Selangor mewujudkan dana khas untuk pemberian komputer riba percuma kepada pelajar - pelajar tersebut?

    Klik jawapan »

92) DENGGI

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah kes Denggi yang dilaporkan mengikut kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tahun 2013 dan juga pada bulan Janari dan Februari. Berapakah Kes Kematian berlaku ?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah yang diambil untuk membenteras pembiakan nyamuk- nyamuk aedes?

    Klik jawapan »

92) PROGRAM PEMUTIHAN KILANG TANPA IZIN

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan Jumlah Hasil yang telah diterima dalam program ini mulai tahun 2005 sehingga 2021.

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Negeri akan meneruskan program ini?

    Klik jawapan »