92) FOKUS UTAMA KERAJAAN
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Perindustrian
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan fokus utama Kerajaan Negeri industri kecil dan sederhana
-
Apakah kriteria kelayakan untuk dapat bantuan kerajaan?
-
Senaraikan penerima yang sudah berjaya sejak 2014
92) JUMLAH ASNAF ZAKAT BAGI SETIAP KAMPUNG
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah asnaf zakat bagi setiap kampung di mukim Cheras dan Mukim Hulu Langat.
92) HUB PENGAJIAN AL-QURAN DI HULU LANGAT
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Bertulis
-
Di DUN Dusun Tua sekarang mempunyai 15 buah pusat tahfiz dengan jumlah pelajar seramai 1330 orang dan sedang berkembang. Adakah kerajaan bercadang untuk menjadikan Hulu Langat sebagai Hub Pengajian Al-Quran dengan menyediakan: i. Bantuan kewangan ii. Program Lanjutan di UNISEL atau rancangan lain. Nyatakan.
92) BANJIR DI DUN KOTA DAMANSARA
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
-
Apakah faktor berlakunya banjir yang kerap berlaku di DUN Kota Damansara?
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah tersebut?
-
Nyatakan bantuan yang diberikan kepada mangsa banjir pada tahun 2015?
92) BAJET NEGERI SELANGOR
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr. Cheah Wing Yin
Kategori: Mulut
-
Patutkah Kerajaan Selangor mempertimbangkan membentangkan Bajet Berdefisit Fiskal?
-
Apakah ciri-ciri rangsangan fiskal ini?
-
Apakah mekanisme pantauan yang ada atau patut di bentuk?
92) MIMBAR
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Berapakah bilangan peserta yang telah Berjaya?
-
Bilangan peserta Berjaya mengikut pecahan kaum?
-
Berapakah jumlah peruntukan yang telah dibayar dan apakah kriteria utama kelulusan permohonan MIMBAR?
92) EKONOMI DIGITAL
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Pua Pei Ling
Kategori: Mulut
-
Sejauh manakah ekonomi digital menyumbang kepada prestasi ekonomi atau pelaburan di Selangor?
-
Apakah usaha-usaha kerajaan dalam pembangunan ekonomi digital?
-
Apakah cabaran dalam pembangunan sektor ekonomi digital?
92) SENARAI PESERTA HIJRAH DI DUN SERI KEMBANGAN
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan peserta Hijrah di DUN Seri Kembangan dari tahun 2018 sehingga sekarang. Butiran yang diminta adalah nama, no. KP, no. tel, alamat, jenis perniagaan, jumlah pinjaman dan adakah bayaran dijalankan lancar atau tidak.
92) MENGHARGAI BAKAT RAKYAT NEGERI SELANGOR
Tahun: 2011
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun:
Kategori: Bertulis
-
Adakah sebarang usaha bagi mengenal pasti mereka yang berbakat?
-
Apakah mekanisme yang digunakan dalam penilaian terhadap mereka?
-
Apakah insentif yang patut diberi bagi kepentingan negeri?
92) UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Memandangkan Kerajaan Negeri Sembilan sedang meninjau kemungkinan untuk meminda Undang-undang Keluarga Islamnya untuk mengatasi masalah hak jagaan anak akibat pertukaran agama salah seorang daripada pasangan bukan Islam ke dalam Islam, adakah kerajaan Selangor sedang menuju ke arah usaha yang sama?