91) BANTUAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Bertulis
-
Jabatan Kebajikan Masyarakat ada menyediakan bantuan semasa berlakunya kecemasan atau bencana alam. Adakah Jabatan Kebajikan Masyarakat mempunyai polisi untuk menentukan jenis bencana atau kecemasan yang boleh diberikan bantuan ?
-
Jika mangsa kecemasan atau bencana alam telah menerima bantuan dari punca yang lain, adakah permohonan mereka ke Jabatan Kebajikan Masyarakat akan ditolak?
91) PKNS
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Mulut
-
Nyatakan berapakah Nilai Aset, Liabiliti, Pendapatan & Perbelanjaan PKNS daripada 2015-2017.
-
Nyatakan keluasan tanah yang dimiliki oleh PKNS serta anak-anak Syarikat yang belum dimajukan lagi.
-
Tanah milik PKNS di Bukit Belimbing Kuala Selangor (DUN Permatang) bilakah ianya hendak dimajukan?
91) BELIA DAN PELUANG PEKERJAAN
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Senaraikan jumlah peluang pekerjaan yang berjaya dipadankan melalui program JOM CARI KERJA mengikut pecahan daerah.
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri Selangor bagi mewujudkan peluang pekerjaan untuk golongan belia?
91) PROGRAM PEMBANGUNAN RETIREMENT HOME BAGI WARGA EMAS
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan Kerajaan untuk membina Retirement Home untuk membantu warga emas yang semakin meningkat bilangannya?
-
Apakah PKNS bercadang untuk membangunkan Retirement Home untuk golongan ini?
-
Berapakah jumlah peruntukan dianggarkan bagi membangunkan Retirement Home?
91) LANJUTAN TEMPOH PAJAKAN HAK MILIK DI KAMPUNG BARU
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah permohonan yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri dengan kadar bayaran RM 1,000.00?
-
Berapakah caj akan dikenakan oleh kerajaan negeri terhadap sesuatu urus niaga jual beli tapak kediaman dan komersial di kampung baru?
91) PELABURAN
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
-
Berapa banyakkah jumlah pelaburan yang telah dihasilkan oleh rakyat tempatan di Negeri Selangor ini, semenjak tampuk pimpinan Kerajaan Negeri Selangor diambil alih oleh Pakatan Rakyat?
-
Siapakah para pelabur tempatan yang telah menyumbang kepada ekonomi Negeri Selangor dan apakah bidang-bidang pelaburan yang telah diceburi dan diusahakan oleh mereka-mereka ini?
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk menarik perhatian agar lebih ramai para pelabur tempatan datang melabur bagi menjanakan lagi pertumbuhan dan ekonomi Negeri Selangor pada masa kini?
91) EKO-PELANCONGAN
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan oleh kerajaan negeri untuk meningkatkan infrastruktur dan aktiviti eko-pelancongan di negeri Selangor sepanjang tahun 2009-2012.
-
Sila nyatakan aktiviti yang telah dirancang dan dilaksanakan untuk memastikan eko-pelancongan di negeri Selangor menjadi sumber pendapatan kepada penduduk tempatan sepanjang tahun 2009-2012.
-
Sila nyatakan usaha kerajaan negeri untuk memberikan insentif kepada pemilik-pemilik tanah yang mengusahakan eko-pelancongan terutamanya di Dusun Tua.
91) PETA LALUAN PERKHIDMATAN BAS PERCUMA DI SEKITAR SERI KEMBANGAN
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Bertulis
-
Berapa bas percuma yang berkhidmat di dalam dan sekitar kawasan Seri Kembangan dan sekitarnya? Sila bagi jawapan dalam peta, masa berkhidmatan, kekerapan dan butiran berkaitan yang lain.
-
Sekiranya perhentian bas tertentu berdekatan dengan perkhidmatan awam yang lain seperti perhentian MRT, klinik kesihatan atau pasar awam, sila nyatakan lokasi perkhidmatan tersebut didalam peta juga.
91) SEKOLAH AGAMA RENDAH
Tahun: 2011
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun:
Kategori: Bertulis
-
Apakah kriteria yang diperlukan untuk memohon SRA?
91) PENGGUNAAN POLESTERIN
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
-
Adakah polestrin masih dibenarkan untuk guna di Negeri Selangor?
-
Apakah langkah Kerajaan Negeri bagi mengurangkan penggunaan polestrin di Selangor?
-
Adakah kerajaan mempunyai hasrat untuk haramkan penggunaan polestrin?