91) STATUS PROJEK PERUMAHAN PKNS DI BUKIT BELIMBING
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Mulut
-
Apakah status perkembangan projek perumahan PKNS Kampung Bukit Belimbing?
-
Adakah kerajaan bercadang meneruskan projek perumahan di tapak PKNS di Kampung Bukit Belimbing?
91) PERUNTUKAN DAN USAHA KERAJAAN NEGERI DI DUN SELAT KLANG SEJAK 2008
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jenis, jumlah dan insentif untuk membangunkan usahawan di DUN Selat Klang sejak 2008
-
Siapakah usahawan yang telah menerima?
91) USAHAWAN TANI
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Haji Raja Ideris Bin Raja Ahmad
Kategori: Mulut
-
Pembangunan usahawan tani adalah salah satu agenda negeri dengan peruntukan RM 3.2 juta untuk pembangunan pertanian. Nyatakan bilangan usahawan tani mengikut daerah yang telah dibangunkan?
-
Apakah bidang-bidang pertanian yang dijadikan fokus dan berdaya maju untuk diceburi ketika ini?
-
Apakah strategi kerajaan untuk mengembangkan potensi usahawan tani?
91) PELABURAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila kemukakan jumlah pelaburan yang diperolehi bagi setengah tahun yang pertama 2016?
-
Sila nyatakan secara perbandingan prestasi pelaburan Negeri Selangor dengan Negeri-Negeri lain bagi setengah tahun pertama 2016?
-
Sila senaraikan 10 Negara utama yang membuat pelaburan di Negeri Selangor?
91) PENYELENGGARAN JALAN-JALAN NEGERI DI KUALA LANGAT
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan kerja dan peruntukan penyelenggaraan JKR yang dibelanjakan untuk jalan-jalan negeri di DUN Banting seperti berikut
91) BIASISWA MENTERI BESAR
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
MBI dengan kerjasama Kerajaan Negeri dan anak-anak syarikatnya telah menubuhkan Tabung Pendidikan Anak-anak Syarikat dan Badan-badan Berkanun Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2012. Apakah perkembangan dan status terkini penggunaan tabung pendidikan tersebut?
-
Apakah syarat permohonan Biasiswa Menteri Besar dan nyatakan jumlah penerima setakat ini?
-
Sila senaraikan jumlah penerimaÐpenerima biasiswa tersebut mengikut daerah dan kaum?
91) KAJIAN KESESAKAN LALU LINTAS
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ean Yong Hian Wah
Kategori: Bertulis
-
Apakah rancangan untuk menaiktraf persimpangan di antara Lebuhraya SILK, Lebuhraya Sg Besi dan Jalan Besar, Seri Kembangan untuk mengatasi masalah kesesakan jalan?
91) ISU AIR PERCUMA DI PANGSAPURI PKNS
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Bertulis
-
Berapa lagi pangsapuri yang masih milik PKNS atau PKNS menjadi JMB bersama, belum lagi menerima manfaat air percuma di sekitar DUN Batu Tiga? Sila senaraikan.
-
Apakah isu yang menyebabkan ianya tertangguh, sila nyatakan?
-
Apakah kaedah penyelesaian yang akan diambil dan dicadangkan untuk isu ini diselesaikan?
91) PENCEMARAN SUNGAI-SUNGAI DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan sungai-sungai yang mengalami pencemaran di Negeri Selangor?
-
Apakah tindakan yang telah diambil untuk memulihkan sungai-sungai tersebut yang telah mengalami pencemaran?
91) PEMBANGUNAN PANGSAPURI KOS RENDAH SEKSYEN 16 SHAH ALAM
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Bertulis
-
Apakah usaha PKNS untuk pembangunan semula pangsapuri ini ?
-
Berapakah anggaran kos untuk pembangunan semula pangsapuri ini ?
-
Bila dijangka akan dimulakan ?