90) PROGRAM GEM DAN JOM KERJA
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah perbelanjaan yang terlibat dalam program tersebut?
-
Nyatakan syarikat pengurus terlibat dan kos pengurusan.
-
Apakah kayu ukur dalam pencapaian sasaran dan keberkesanan program tersebut?
90) PEMBINAAN RUMAH MAMPU MILIK
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin
Kategori: Mulut
-
Berapa unit rumah Mampu Milik yang telah diluluskan sejak 2013 - 2015 di kawasan Kuala Langat?
90) KONSERT SEMPENA TAHUN MELAWAT SELANGOR
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei
Kategori: Bertulis
-
Berapa banyak lagi konsert dalam atau luar ruang yang akan diadakan sempena Tahun Melawat Selangor?
-
Apakah langkah diambil untuk mencegah dadah daripada memasuki lokasi konsert tersebut?
90) PERMOHONAN PEMBATALAN PEWARTAAN SEBAHAGIAN TANAH RIZAB DAN PENGGANTIAN KAWASAN LAPANG
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini permohonan pembatalan pewartaan sebahagian tanah rizab kawasan lapang seluas 0.46 ekar yang telah diambil bagi tujuan kegunaan awam sebagai tapak tambahan rumah ibadat bukan islam sediada (Kuil Subramaniar) di Jalan PJS 7/13 dan penggantian kawasan lapang di sebahagian tanah kerajaan di PJS 9 bersebelahan Lot 64681 (PN 17395) Mukim Damansara, Daerah Petaling? Dokumen permohonan berkenaan sudahpun dihantar oleh pihak Kuil.
90) PERUNTUKAN SELANGORKU
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah peruntukan bagi projek-projek yang telah diluluskan?
-
Apakah projek yang diberi keutamaan?
-
Sejauh manakah kejayaan yang dicapai oleh projek-projek yang telah diluluskan di bawah peruntukan ini?
91) SEKTOR PELANCONGAN
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Dato' Dr. Karim Bin Mansor
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri di dalam meningkatkan sektor ini khususnya bagi kawasan pantai Batu Laut ?
-
Adakah pantai ini dapat terus di pergunakan untuk pertandingan perahu layar di pelbagai peringkat hingga ke peringkat antarabangsa?
-
Bilakah Kerajaan Negeri akan membina Akademi Sukan Layar di kawasan Pantai Batu Laut ini?
91) PKNS
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Mulut
-
Nyatakan berapakah Nilai Aset, Liabiliti, Pendapatan & Perbelanjaan PKNS daripada 2015-2017.
-
Nyatakan keluasan tanah yang dimiliki oleh PKNS serta anak-anak Syarikat yang belum dimajukan lagi.
-
Tanah milik PKNS di Bukit Belimbing Kuala Selangor (DUN Permatang) bilakah ianya hendak dimajukan?
91) PERANCANGAN JANGKA PANJANG MENGENAI MASALAH HASIL PADI
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Ahmad Mustain Bin Othman
Kategori: Mulut
-
Saya ingin bertanya kepada EXCO Pertanian, apakah solusi jangka pendek dan perancangan jangka panjang mengenai masalah hasil padi yang semakin teruk saban musim di DUN Sabak?
91) PROGRAM PEMBANGUNAN RETIREMENT HOME BAGI WARGA EMAS
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan Kerajaan untuk membina Retirement Home untuk membantu warga emas yang semakin meningkat bilangannya?
-
Apakah PKNS bercadang untuk membangunkan Retirement Home untuk golongan ini?
-
Berapakah jumlah peruntukan dianggarkan bagi membangunkan Retirement Home?
91) CUKAI TAKSIRAN PBT
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan rizab tunai setiap PBT sehingga sekarang tanpa mengambil kira deposit- deposit oleh pemaju dan kontraktor-kontraktor.
-
Berapa banyak cukai taksiran PBT yang diterima setiap tahun dari tahun 2008 hingga 2010 dan kutipan cukai taksiran PBT sehingga sekarang pada tahun 2011?