90) PEMBINAAN LOJI RAWATAN AIR
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2, Labohan Dagang dan Semenyih?
-
Berapakah jumlah perbelanjaan terkini untuk membina ketiga-tiga loji tersebut?
-
Nyatakan kekangan untuk memastikan projek ini siap mengikut tarikh yang ditetapkan?
90) MANIFESTO ANAK KE NURSERI
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohamad Khir Bin Toyo
Kategori: Bertulis
-
Apakah status pelaksanaan manifesto ini?
-
Berapakah jumlah nurseri berdaftar di Selangor dan anggaran jumlah tidak berdaftar serta jumlah anak-anak yang dihantar ke nurseri 2012?
-
Berapakah implikasi kewangan setahun jika anak-anak ini diberikan bantuan dijanjikan?
90) PEMBANGUNAN BELIA
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Lee Chin Cheh
Kategori: Bertulis
-
Apakah program-program pembangunan belia yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor mengikut setiap daerah dalam tahun 2012?
-
Apakah ada penglibatan Anak-anak Syarikat Negeri Selangor dalam pembangunan belia serta jumlah perbelanjaan mereka bagi program berkenaan.
90) LITAR SUKAN PERMOTORAN
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini perancangan pembinaan litar permotoran di Gombak?
-
Adakah kerajaan boleh memberi kebenaran untuk membangunkan litar permotoran persendirian di daerah-daerah atau PBT?
90) KOMPAKTOR SAMPAH
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ean Yong Hian Wah
Kategori: Bertulis
-
Kompaktor sampah KDEB semakin berusia dan didapat kotor dan leachate juga mengalir ke atas jalan. Apakah tindakan yang akan dilakukan?
-
Kompaktor sampah juga dilihat mengangkut bilangan barangan kitar semula yang besar diatas kenderaan dan pekerja juga mencari barang tersebut semasa menjalankan kerja kutipan. Adakah ini SOP yang dibenarkan?
90) POLIS BANTUAN
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Dr. Karim Bin Mansor
Kategori: Mulut
-
Kerajaan negeri ada bercadang untuk menubuhkan pasukan polis bantuan sendiri untuk mencegah jenayah. Adakah kerajaan negeri tidak yakin dengan kemampuan pasukan polis sedia ada?
-
Apakah rasional cadangan penubuhan pasukan tersebut?
-
Adakah kerajaan negeri sedar bahawa hal ehwal keselamatan di bawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan?
90) JETI NELAYAN TANJONG SEPAT BERKOS RM3.1 JUTA
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri rasa berbaloi membelanjakan RM3.1juta membina semula jeti nelayan Tanjong Sepat?
-
Mengapakah dua pengusaha Restoran Makanan berniaga disitu melebihi 30 tahun dihalau dan diarah menghentikan perniagaan sedangkan mereka merupakan perangsang ekonomi tempatan?
90) PENGURUSAN SAMPAH DI KG TRADISI
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Apakah inisiatif pintar bagi mengurusan pembuangan sampah di kampung tradisi?
-
Berapakah jumlah bajet di yang disediakan untuk menyediakan tong-tong sampah di kampung tradisi pada tahun ini?
90) PERTANIAN
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Warno Bin Dogol
Kategori: Mulut
-
Sabak Bernam merupakan Jelapang Padi Negeri Selangor dan penghasilan padinya adalah yang tertinggi di Malaysia iaitu 10 tan per hektar. Namun demikian, masalah kekurangan air masih menjadi permasalahan utama para pesawah. Apakah tindakan kerajaan negeri di dalam menangani masalah ini?
-
Berapa banyakkah peruntukan yang akan disalurkan oleh kerajaan negeri bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran padi?
90) ANCAMAN ANJING LIAR DI DUN MERU
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Apakah halangan dalam kaedah penangkapan masa kini yang amat lemah?
-
Sudahkah digerakkan kempen kesedaran membendung pembiakan anjing liar?
-
Adakah masalah sampah yang berlonggok di tempat awam salah satu punca peningkatan anjing liar?