90) MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR (MES)
Tahun: 2011
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun:
Kategori: Bertulis
-
Kumpulan SEMESTA ditubuhkan oleh kerajaan negeri bagi mengendalikan kerja-kerja perlombongan dan pengambilan pasir dalam konteks Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES); Nyatakan jumlah keuntungan yang diperolehi.
-
Selain membantu Skim Mesra Usia Emas (SMUE), apakah bantuan-bantuan lain yang disalurkan kepada rakyat. Senaraikan?
90) HASIL GALIAN DAN MINERAL
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah pendapatan kerajaan yang berkaitan industri pasir di Selangor?
-
Berapa syarikatkah yang dibenarkan (berlesen) beroperasi untuk tujuan pengeluaran pasir di Selangor?
90) ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT 2010
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
-
Senarai Pegawai Maklumat bagi setiap jabatan Kerajaan Negeri Selangor
-
Senarai maklumat hubung (termasuk alamat e-mail, nombor telefon dan sebagainya) bagi Pegawai Maklumat di setiap jabatan Kerajaan Negeri Selangor yang telah disenaraikan sebagai jawapan bagi soalan a).
90) AHLI MAJLIS
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Mohamad Satim Bin Diman
Kategori: Mulut
-
Terdapat kes pergaduhan melibatkan ahli majlis sehingga mendatangkan kecederaan. Berikan statistik kes dan masalah yang melibatkan ahli-ahli majlis?
-
Apakah tindakan terhadap ahli majlis yang terlibat dalam jenayah dan penyelewengan?
-
Adakah kerajaan negeri bercadang untuk mengkaji kaedah pelantikan ahli majlis bagi mengelakkan masalah ini berlaku?
90) RUMAH SELANGORKU DAN RUMAH IDAMAN
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Mariam Binti Abdul Rashid
Kategori: Mulut
-
Apakah polisi Kerajaan Negeri bagi memastikan adanya taska di Rumah Selangorku dan Rumah Idaman?
-
Nyatakan statistik keseluruhan bilangan pemilikan Rumah Selangorku dan Rumah Idaman antara lelaki dan wanita.
-
Adakah terdapat sebarang skim bantuan deposit bagi pemohon rumah pertama?
90) PERTANIAN
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan telah mempunyai Pelan Induk Pembangunan Pertanian negeri Selangor?
90) PERMOHONAN TANAH BARU
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Berapakah permohonan tanah baru diterima di seluruh Selangor tahun 2008 hingga 2010 dan premium yang dikutip terhadapnya. Apakah kriteria utama yang diambil untuk kelulusan permohonan tersebut?
90) RANGSANGAN EKONOMI
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohamad Satim Bin Diman
Kategori: Mulut
-
Kerajaan menjangka dapat menarik pelaburan melebihi RM 50 bilion di bawah pakej rangsangan ekonomi negeri melalui Inisiatif Kewangan Swasta bagi melaksana enam projek teras iaitu: 1) Pemulihan dan pembersihan Sungai Klang 2) Pembangunan semula projek perumahan yang terbengkalai 3) Pembangunan semula kawasan bandar 4) Peningkatan hasil tanaman padi 5) Perluasan sistem pengangkutan 6) Penstrukturan semula industri air Selangor. Setakat ini berapakah nilai pelaburan yang telah diperoleh untuk merangsang ekonomi negeri dan projek teras manakah yang diberi keutamaan serta dapat menarik pelaburan tertinggi?
-
Berapakah jumlah pekerjaan yang telah dapat dicipta hasil pakej rangsangan ekonomi?
-
Adakah kerajaan bercadang membuka sebuah makmal (laboratory) yang memperincikan inisiatif pelaksanaan pakej rangsangan ini untuk tatapan rakyat?
90) MENAIKTARAF PIHAK BERKUASA TEMPATAN
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengiktiraf Pihak Pengurusan dan Pentadbiran Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) bagi tujuan naik taraf sebagai sebuah Majlis Perbandaran? i) Adakah Kerajaan Negeri merancang untuk membina sebuah Wisma MDKL yang baru dan dilengkapi dengan teknologi moden untuk semua Warga MDKL memandangkan Bangunan yang sedia ada berkeadaan padat? ii) Jika Ya, sila berikan lokasi dan nyatakan kos pembinaan; iii) Jika Tidak, mengapa?
90) PAKEJ PRIHATIN SELANGOR
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua pakej yang telah dibentang bersertakan peruntukan yang telah diperuntukkan dan amaun yang telah dibelanjakan untuk setiap satu inisiatif di bawah pakej ini sehingga sekarang.