10) ISU PANGSAPURI PENDAMAR A
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menggunakan peruntukan Skim Ceria bagi membaikpulih Pangsapuri Pendamar A sekiranya peruntukan tidak diluluskan oleh pihak KPKT?
10) PELAKSANAAN PROGRAM KASIH IBU SMART SELANGOR (KISS)
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin
Kategori: Mulut
-
Bagaimana penyampaian keputusan lulus atau tidak dari pihak Selcare?
-
Kelayakan untuk KISS berdasarkan pada kelayakan E Kasih atau BSH melebihi dari kuota yang di beri . Apakah ada penambahan kuota untuk skim KISS dan juga PEDULI SIHAT.
10) PENCAWANG TELCO
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Mulut
-
Bilakah pencawang telco dapat dibina di kawasan kampung tradisi?
10) BANTUAN KEWANGAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan jumlah bantuan kewangan Pendidikan kepada SJKC mengikut pecahan sekolah sejak 2014.
-
Sila senaraikan jumlah bantuan kewangan pendidikan kepada SJKT mengikut pecahan sekolah sejak 2014
-
Sila senaraikan butiran terperinci permohonan sekolah SJKC dan SJKT yang ditolak sejak 2014.
10) BANTUAN KEPADA PELAJAR-PELAJAR PULANG KE MESIR
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Akibat dari Revolusi Rakyat di Mesir, ramai pelajar Malaysia di sana di bawa pulang untuk keselamatan ke tanah air.Berapa ramaikah pelajar Selangor di Mesir yang dibawa pulang ke tanah air?
-
Adakah Kerajaan Negeri akan membiayai kos pemergian mereka kembali ke Mesir?
-
Berapakah jumlah perseorangan dan keseluruhan yang akan ditanggung oleh Kerajaan Negeri?
10) ISU KEMALANGAN AKIBAT KEBAKARAN
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Berapa kes kebakaran yang berlaku mengikut daerah, kes kematian dan puncanya?
-
Apakah usaha Kerajaan bagi mengatasi masalah kebakaran akibat litar pintas?
-
Apakah garis panduan dan kekerapan pemeriksaan berkala dilakukan oleh pihak berwajib terhadap kilang-kilang memproses produk beracun dan gas-gas merbahaya?
10) PELUANG PEKERJAAN DI SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh pelabur-pelabur di Selangor pada tahun 2016.
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk menambah jumlah peluang pekerjaan di Selangor?
10) PEMBINAAN JALAN FR05 SABAK BERNAM
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Mulut
-
Bilakah Projek Naik Taraf Jalan FR5 akan siap sepenuhnya dan adakah ianya berjalan seperti yang dirancang?
-
Berapakah jumlah keseluruhan Projek ini?
-
Adakah Kerajaan Negeri menyediakan sebarang peruntukan tambahan untuk meningkatkan tahap keselamatan jalan?
10) TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2020
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan baharu Kerajaan Negeri dalam menggalakkan kedatangan pelancong ke Negeri Selangor sempena Tahun Melawat Malaysia 2020?
10) KUTIPAN DAN PENGAGIHAN ZAKAT
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Bertulis
-
Minta kerajaan negeri nyatakan jumlah dan statistik penerima zakat mengikut pengelasan di kawasan DUN Kajang dari tahun 2010-2013
-
Minta kerajaan negeri kemukakan jumlah kutipan zakat dan jumlah kutipan yang telah diagihkan kepada penerima dari tahun 2010-2013
-
Minta kerajaan negeri kemukakan unjuran kutipan zakat oleh Lembaga Zakat Selangor dalam tempoh 5 tahun akan datang.