89) RUMAH KOS RENDAH DAN MAMPU MILIK
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Apakah statistik permohonan dan permohonan yang berjaya mengikut daerah untuk rumah kos rendah dan rumah mampu milik dari tahun 2008 sehingga 2013?
-
Apakah purata tempoh dari permohonan sehingga mendapat unit?
89) MENINGKATKAN KEWANGAN NEGERI
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Bertulis
-
Apakah strategi Kerajaan Negeri untuk meningkatkan jumlah kewangan negeri?
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai sumber baharu sebagai alternatif meningkatkan kewangan negeri?
89) PROJEK PEMBANGUNAN 2018
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Apakah status siap setiap projek pembangunan untuk tahun 2018?
89) TINDAKAN TERHADAP GENESIS ALUMINIUM SDN BHD
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan yang telah diambil oleh kerajaan negeri terhadap Genesis Aluminium Sdn Bhd yang telah mengakibatkan pencemaran mangan dan penutupan loji rawatan air Semenyih pada Feb 2015?
-
Adakah ia berjaya didakwa di mahkamah? Jika ya, apakah hukuman? Jika tidak, kenapa?
89) KAWASAN KHAS BAGI PENGEDAR-PENGEDAR KERETA TERPAKAI DAN BENGKEL-BENGKEL KERETA
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri sedang mencari tapak tanah atau kawasan khas untuk tujuan dijadikan satu tempat bagi pengedar-pengedar kereta terpakai dan bengkel-bengkel kereta sepertimana yang telah dilakukan bagi pengendali-pengendali operasi besi buruk?
-
Adakah kawasan-kawasan seperti seksyen 51 dan 51A Petaling Jaya telah dikenal pasti sebagai kawasan yang mungkin boleh digunakan untuk tujuan ini?
89) PENGURANGAN HASIL TANGKAPAN NELAYAN SUNGAI
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
-
Apakah analisis Kerajaan Negeri berkenaan punca pengurangan jumlah tangkapan?
-
Apakah usaha yang dijalankan Kerajaan Negeri bagi meningkatkan hasil tangkapan?
89) PEMBERSIHAN AWAM
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Pengurusan pembersihan awam (sampah) telah diambil alih oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri sendiri yang mana sebelum ini diurus Alam Flora Sdn Bhd dan operator dilantik. Bagaimanakah prestasi semua PBT setakat ini dalam menguruskan pembersihan sampah?
-
Adakah PBT bertaraf Majlis Daerah mampu menguruskannya?
-
Adakah strategi kewangan bagi membayar hutang kepada syarikat operator sampah yang tertunggak?
89) HARI TEMU PELANGGAN
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Nyatakan hari bertemu pelanggan bagi semua-semua PBT di Selangor
89) MASALAH PEMBINAAN DAN PENGUNAAN PERSIARAN ATMOSPHERA YANG BELUM SIAP DAN ATAU TIDAK SEMPURNA
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan dan atau tindakan yang telah dilakukan bagi menyelesaikan masalah jalan tersebut?
89) PROGRAM SKIM MESRA USIA EMAS
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah penerima dan jumlah pembayaran Skim Mesra Usia Emas (SMUE) sejak tahun 2008.
-
Nyatakan jumlah pendaftaran OKU di bawah SMUE sejak tahun 2008.
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat mengkaji semula dasar SMUE? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.