89) HOSPITAL KUALA KUBU BAHARU
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Pang Sock Tao
Kategori: Bertulis
-
Apakah rancangan dan status pelaksanaan Kerajaan untuk menaiktaraf status Hospital Kuala Kubu Baharu kepada hospital pakar minor?
-
Senarai dan nyatakan projek dan jumlah peruntukan daripada Kerajaan Negeri dan Persekutuan bagi menaiktaraf hospital dan klinik kesihatan di bawah DUN Kuala Kubu Baharu.
-
Adakah kerajaan ada pelan untuk membina bangunan baharu Hospital Kuala Kubu Baharu memandang ia tidak mencukupi untuk keperluan penduduk Kuala Kubu Baharu.
89) PERMOHONAN STRATA RUMAH PANGSA PJS 7/15
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Bertulis
-
Apakah status pengeluaran hakmilik strata bagi rumah pangsa PJS 7/15?
89) DASAR PERSARAAN PEKERJA LADANG
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Apakah dasar Kerajaan Negeri Selangor terhadap Persaraan bagi Pekerja Ladang?
-
Bagaimana Kerajaan Negeri dapat memastikan kehidupan pekerja ladang memenuhi keperluan asas kehidupan seperti bekalan air bersih, bekalan elektrik dan kediaman yang selamat?
89) ISU WARGA ASING YANG BERNIAGA DI HULU SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk memastikan peniaga warga asing di Batang Kali tidak berniaga semula selepas tindakan undang-undang diambil oleh PBT?
-
Berapakah jumlah warga asing yang berniaga di lot-lot kedai kawasan Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa, Hulu Selangor?
89) PARIT DI BELAKANG LORONG HILIR 8
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
-
Parit tanah ini perlu dinaiktaraf ke longkang "concrete U drain" untuk mengatasi kehakisan tanah. Adakah pihak MPK/JPS akan melaksanakan dengan menggunakan peruntukan MARRIS?
89) KURSUS KEMAHIRAN DI BAWAH KERAJAAN TEMPATAN
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Bertulis
-
Difahamkan bahawa semua Majlis Bandaran / Perbandaran mempunyai program kursus kemahiran untuk warga Selangor. Berapakah dana yang di peruntukan untuk program ini?
-
Berapa jenis khusus kemahiran yang berjaya dianjurkan?
-
Bagaimana dengan sambutan dan pengiklanan?
89) SELANGOR SCIENCE PARK (SSP)
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan jumlah keluasan dan berapakah harga tanah di SSP?
-
Sila nyatakan secara detail apakah faktor tarikan utama SSP?
-
Sila nyatakan bagaimanakah sambutan pelabur domestik dan luar terhadap SSP?
89) SYABAS DAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Rundingan telah dibuat oleh Kerajaan Negeri dengan Syabas bagi mengembalikan hak pengurusan air kepada kerajaan rakyat. Sejauh manakah rundingan antara Syabas dengan Kerajaan Negeri Selangor berjalan?
-
Apakah halangan-halangan utama penyelesaian belum dapat dicapai
-
Dengan mengembalikan air kepada Kerajaan Negeri Selangor apakah faedah yang dapat dinikmati rakyat dan negeri ?
89) BEKALAN BENIH KELAPA
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Mulut
-
Sedarkah Kerajaan Negeri bahawa permintaan benih kelapa semakin meningkat tetapi benih kelapa matag sukar diperolehi?
-
Apakah langkah yang perlu diambil untuk memenuhi permintaan?
89) TAPAK KUIL HINDU DI TAMAN SRI NANDING, HULU LANGAT
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani
Kategori: Mulut
-
Tapak kuil ini terletak di antara Taman Sri Nanding dan Taman Lagenda Suria di Hulu Langat. Penghuni kedua-dua taman ini lebih 90% adalah terdiri daripada bangsa Melayu yang beragama Islam. Tapak kuil ini pula terlalu hampir dengan perumahan dan mendapat bantahan keras daripada penduduk. Adakah Kerajaan Negeri akan memindahkan tapak kuil ini ke kawasan yang lebih sesuai?