89) PELANCONGAN PANTAI REMIS

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli

Kategori: Mulut


  1. Apakah pelan pembangunan untuk meningkatkan lagi prasarana di sekitar Pantai Remis yang merupakan salah satu lokasi Pantai Rekreasi di dalam Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

89) PROGRAM PEMBANGUNAN KAMPUNG BARU KERAJAAN SELANGOR DI DUN SELAT KLANG

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan projek pembangunan di semua kampung baru di DUN Selat Klang 2004-2008. Senaraikan sejak 2008 hingga sekarang

    Klik jawapan »

  2. Bekas bangunan sekolah SJKC Wu Teck, Bagan Hailam tersangat uzur, berlobang dan menjadi sarang anjing liar, adakah Kerajaan merancang untuk memulihara bangunan warisan ini untuk menjadi tarikan pelancong kerana kawasan ini sudah menjadi kawasan makanan laut yang semakin popular?

    Klik jawapan »

  3. Balairaya JKKK Bagan Hailam akan digunakan oleh SPR sebagai tempat mengundi, sedangkan ia dalam keadaan yang sangat dhaif. Bagaimana Kerajaan boleh menaiktaraf agar ianya dalam keadaan kondusif?

    Klik jawapan »

89) PERLOMBONGAN PASIR HARAM

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari

Kategori: Mulut


  1. Dilaporkan terdapat tapak-tapak perlombongan pasir haram di Selangor. Berapakah pendapatan yang sepatutnya diperoleh Kerajaan Negeri daripada aktiviti perlombongan pasir ini?

    Klik jawapan »

  2. Apakah rasional Kerajaan Negeri memiliki punya sistem pengeluaran pasir ini

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah penguatkuasaan yang dicadangkan oleh pihak Kerajaan Negeri?

    Klik jawapan »

89) KUARI

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis


  1. Walaupun kebanyakan kuari atau lombong batu mematuhi pada peraturan-peraturan yang telah ditetapkan, masih terdapat banyak aduan bahawa kegiatan ini mengganggu ketenteraman awam seperti keretakan rumah. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak berkuasa negeri dalam mengelakkan masalah tersebut daripada terus menghantui penduduk-penduduk, contohnya pencemaran bunyi, udara dan keretakan rumah?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan negeri bagi mengawal aktiviti kuari yang terletak berdekatan dengan kawasan perumahan supaya kesan pencemaran bunyi dan udara dapat diminimumkan pada tahap yang selamat

    Klik jawapan »

  3. Kaedah-kaedah Kuari Selangor 2003 adalah tidak sempurna kerana hak penduduk yang berdekatan dengan kawasan kuari tidak terbela dalam kaedah tersebut. Apakah tindakan yang akan diambil oleh Y.B. untuk menjaga/ memastikan keselamatan rakyat diutamakan?

    Klik jawapan »

89) KOLAM TAKUNGAN AIR YANG PECAH DI TAMAN SERI ALAM

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri

Kategori: Mulut


  1. Apakah punca-punca kolam takungan air ini pecah?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk memastikan kejadian seperti ini tidak akan berulang?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah jumlah pampasan yang dibayar oleh pihak pemaju kepada penduduk akibat kolam takungan pecah?

    Klik jawapan »

89) JALAN PERSEKUTUAN 5

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis


  1. Sila nyatakan dengan jelas bilakah kerja-kerja membina pemisah jalan dan menambah lampu jalan khususnya dari kilang Bernas menuju ke Balai Bomba Sekinchan akan dijalankan?

    Klik jawapan »

  2. Oleh kerana kenderaan yang menggunakan Jalan Persekutuan 5 kian hari kian bertambah, maka dengan itu adakah pihak Kerajaan bercadang menaik taraf lampu trafik di simpang empat pekan Sekinchan dengan sistem lampu trafik digital (Timer) yang lebih efektif?

    Klik jawapan »

89) TANAH PERKUBURAN CINA

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Mulut


  1. Berapakah permohonan tapak perkuburan Cina telah dikemukakan kepada Kerajaan Negeri Selangor ?

    Klik jawapan »

  2. Berapa permohonan telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  3. Apakah status permohonan tanah perkuburan Cina bagi Tanjung Sepat di Daerah Sepang?

    Klik jawapan »

89) PENYELENGGARAN JALAN PERSEKUTUAN DI KUALA LANGAT

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan jumlah peruntukan yang telah diturunkan kepada JKR Kuala Langat untuk tujuan penyelenggaraan kesemua jalan-jalan Persekutuan di Selangor untuk tahun 2019.

    Klik jawapan »

  2. Berikan perinciannya untuk Jalan Persekutuan FT005, 031 dan 032 di Daerah Kuala Langat.

    Klik jawapan »

89) PROGRAM HIJRAH IBU TUNGGAL

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan jumlah ibu tunggal yang menyertai Program Hijrah pada tahun 2016 mengikut daerah.

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan jumlah ibu tunggal yang telah keluar dari garis kemiskinan selepas mengikuti program ini.

    Klik jawapan »

89) BAZAAR DARUL EHSAN

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin

Kategori: Mulut


  1. Bazar Darul Ehsan di jalan Kanchong Darat telah lama terbiar dan banyak kerosakan di dalam dan di luar bangunan. Apakah tindakan atau perancangan EXCO usahawan berkaitan bangunan tersebut?

    Klik jawapan »