89) TAPAK KUIL HINDU DI TAMAN SRI NANDING, HULU LANGAT
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani
Kategori: Mulut
-
Tapak kuil ini terletak di antara Taman Sri Nanding dan Taman Lagenda Suria di Hulu Langat. Penghuni kedua-dua taman ini lebih 90% adalah terdiri daripada bangsa Melayu yang beragama Islam. Tapak kuil ini pula terlalu hampir dengan perumahan dan mendapat bantahan keras daripada penduduk. Adakah Kerajaan Negeri akan memindahkan tapak kuil ini ke kawasan yang lebih sesuai?
89) NAIK TARAF INFRASTRUKTUR SUKAN
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Sila memberi peruntukan dan senaraikan bilangan projek naik taraf infrastruktur sukan yang telah diperuntukan atau ditaja MBI di Kuala Langat sejak tahun 2010 sehingga sekarang.
89) HADIAH PENGAJIAN IPT
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Bertulis
-
Adakah program Hadiah Pengajian IPT masih akan diteruskan? Berapakah sumbangan yang telah disalurkan di bawah program ini pada tahun 2022?
89) SELANGOR SCIENCE PARK (SSP)
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan jumlah keluasan dan berapakah harga tanah di SSP?
-
Sila nyatakan secara detail apakah faktor tarikan utama SSP?
-
Sila nyatakan bagaimanakah sambutan pelabur domestik dan luar terhadap SSP?
89) SYABAS DAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Rundingan telah dibuat oleh Kerajaan Negeri dengan Syabas bagi mengembalikan hak pengurusan air kepada kerajaan rakyat. Sejauh manakah rundingan antara Syabas dengan Kerajaan Negeri Selangor berjalan?
-
Apakah halangan-halangan utama penyelesaian belum dapat dicapai
-
Dengan mengembalikan air kepada Kerajaan Negeri Selangor apakah faedah yang dapat dinikmati rakyat dan negeri ?
89) URBAN AGRICULTURE
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Haji Raja Ideris Bin Raja Ahmad
Kategori: Mulut
-
Apakah status perkembangan program pertanian bandar (urban agriculture) ini?
-
Apakah impak segera yang dinikmati oleh masyarakat bandar yang menyertai program ini?
-
Apakah program ini boleh mendatangkan pulangan ekonomi tinggi untuk masyarakat bandar?
89) KUMPULAN DARUL EHSAN (KDEB)
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
-
Apakah kos pengutipan sampah setiap rumah selepas KDEB mengambilalih kerja tersebut daripada MPSJ?
-
Jika kos setiap rumah untuk kutip sampah adalah lebih tinggi bawah KDEB, sila jelaskan sebab mengapa dan proses perolehan untuk memastikan KDEB mendapatkan kontraktor pada harga terbaik.
89) PENGUKUHAN KEFAHAMAN ISLAM TERHADAP SAUDARA BARU DI KALANGAN ORANG ASLI
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Melalui penelitian yang dibuat berdasarkan maklumat atau kunjungan ke penepatan orang-orang asal khususnya di Negeri Selangor dan daerah- daerah tertentu didapati perlaksanaan mengukuhkan kefahaman Islam terhadap mereka begitu membimbangkan. Apakah peranan dan tanggungjawab Kerajaan Negeri untuk membantu menyelesaikan perkara tersebut?
89) PERKEMBANGAN BIDANG SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI DI SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
-
Apakah polisi Kerajaan untuk menggalakkan perkembangan bidang Sains, Teknologi dan Inovasi di Selangor?
-
Adakah terdapat insentif untuk menggalakkan Anak Selangor memperkembangkan bidang Sains, Teknologi dan Inovasi di Selangor?
-
Jika ada, sila kemukakan senarai polisi dan insentif berkenaan
89) KAWALAN DEMAM DENGGI
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Berapakah kes-kes denggi sehingga 1 Oktober 2012 di seluruh Selangor menurut daerah?
-
Berapakah kes kematian akibat demam denggi di seluruh Selangor menurut daerah?
-
Berapakah peruntukan yang telah dibelanjakan bagi program-program bersepadu membasmi pembiakan nyamuk aedes menurut daerah?