89) PEMOTONGAN AIR
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Mulut
-
Inisiatif kakitangan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) melancarkan Tabung Budi telah dapat membantu mereka yang mengalami tunggakan bil air menikmati bekalan air semula. Mengapakah Kerajaan Negeri mahu menghalang Tabung Budi yang bertujuan murni?
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah bil air pengguna yang tertunggak?
-
Adakah masih ramai pengguna yang mengalami masalah bil air tertunggak?
89) BANTUAN USAHAWAN INDUSTRI ASAS TANI (IAT)
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Berpakah jumlah penerima bantuan usahawan IAT mengikut DUN sejak 2015- 2017?
-
Berapakah kos keseluruhan yang dibelanjakan bagi menjayakan program bantuan ini sejak 2015-2017?
-
Senaraikan maklumat penerima bantuan ini mengikut DUN sejak 2015-2017
89) Bantuan Anak Istimewa (ANIS)
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Mulut
-
Berapa lamakah tempoh masa sesuatu permohonan ANIS diproses?
-
Mohon nyatakan jumlah peruntukkan serta keberkesanan Bantuan Anak Istimewa (ANiS) dalam tahun 2020 terutama dalam membantu golongan berkenaan dalam pendemik Covid-19
89) TINDAKAN TERHADAP GANGGUAN BEKALAN AIR OLEH PROJEK WCE
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan tindakan-tindakan yang telah diambil oleh pihak Air Selangor terhadap gangguan bekalan air oleh Projek WCE pada 4hb Mei 2020.
89) STAFF AKADEMIK DI UNISEL
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan bilangan staf akademik di UNISEL dengan member pecahan mengikut keturunan etnik
-
Apakah langkah-langkah yang akan dan telah diambil untuk memperlbagaikan keturunan etnik staf akademik UNISEL?
89) SUMBANGAN CSR DAN DIVIDEN ANAK SYARIKAT
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Sila butirkan jumlah sumbangan CSR (dalam Ringgit Malaysia) bagi setiap perbadanan dan anak syarikat Selangor untuk tahun 2019, 2020, dan 2021.
-
Sila butirkan jumlah dividen (dalam Ringgit Malaysia) bagi setiap perbadanan dan anak syarikat Selangor untuk tahun 2019, 2020, dan 2021.
89) LAMPU JALAN
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei
Kategori: Bertulis
-
Apakah punca lampu rosak di sepanjang jalan besar seperti Jalan Kapar, Jalan Meru dan Jalan Haji Sirat?
-
Adakah kelebihan untuk menganti lampu di jalan besar dengan lampu solar ?
-
Apakah tindakan yang dibuat oleh agensi untuk mengurangkan pencurian kabel yang menyebabkan kerosakan lampu jalan selain daripada laporan polis ?
89) PROJEK PEMBANGUNAN TERJEJAS
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Apakah statistik Òsupply and demandÓ bekalan air bersih di Selangor dan Wilayah Persekutuan Ð Kuala Lumpur dan Putrajaya dari 2008 hingga 2012?
-
Apakah langkah proaktif kerajaan negeri untuk memastikan pembangunan di Selangor dan Wilayah Persekutuan tidak terbantut?
89) IMPAK GST
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah kesan GST terhadap beban isirumah di Selangor?
-
Adakah wujud kajian terhadap impak GST terhadap rakyat Selangor?
-
Adakah hasil kutipan GST yang diperoleh kerajaan pusat turut diberikan kepada kerajaan negeri Selangor?
89) ZOO NEGARA
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Zoo Negara adalah sebuah pusat pelancongan bertaraf dunia yang berada di Negeri Selangor. Apakah sumbangan Zoo Negara yang berada di dalam Negeri Selangor secara langsung kepada ekonomi dan sumber pendapatan negeri?
-
Bagaimana kewujudan Zoo Negara telah memberi peluang pekerjaan serta sumbangan dalam meningkatkan pendapatan penduduk tempatan?
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk memanfaatkan industri pelancongan negeri dengan wujudnya Zoo Negara dalam Negeri Selangor?