88) FLY-OVER BANDAR SAUJANA PUTRA

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Apakah status kemajuan fizikal fly-over ini memandangkan ianya telah bermula pada tahun 2019 dan seharusnya siap dalam masa dua tahun?

    Klik jawapan »

88) PENGGUNAAN POS KAWALAN KESELAMATAN SENDIRI DI TAMAN PERUMAHAN

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut


  1. Terdapat banyak konsep pos kawalan keselamatan kendiri (guarded community) yang dilaksanakan di kawasan perumahan teres, pangsapuri dan kondominium. Konsep ini praktikal jika semua penduduk setuju berkenaan perkara ini dan konsep ini bersesuaian untuk mewujudkan keharmonian antara semua penduduk. Akan tetapi akan timbul keraguan kerana kebanyakan pelantikan pengawal keselamatan adalah rakyat asing. Selain daripada undang-undang daripada kerajaan pusat melalui polis atau imigresen adakah wujud undang-undang oleh kerajaan negeri bagi pengawal keselamatan bukan warganegara bekerja di negeri ini.

    Klik jawapan »

  2. Wujud satu senario di mana pos kawalan oleh persatuan penduduk mengambil bekalan elektrik dari tiang-tiang lampu dan adakah kerajaan negeri sedar kewujudan pos kawalan ini yang diwujudkan bertujuan menghalang kes kecurian di kawasan mereka tetapi penduduk sendiri yang mencuri bekalan elektrik untuk kegunaan pos kawalan mereka. Ia berlaku kerana TNB sukar mengeluarkan kebenaran dan memerlukan deposit untuk meter TNB dan penduduk perlu membayar deposit yang tinggi untuk memperolehnya. Apakah yang Kerajaan Negeri dapat bantu ?

    Klik jawapan »

  3. Apakah ada garis panduan bagi pengawal keselamatan tersebut atau Manual Prosedur Kerja (SOP) sehingga wujud kesukaran penyelenggaraan kontraktor PBT untuk masuk melaksanakan kerja apabila pengawal keselamatan perlukan surat kebenaran masuk dalam kawasan jagaannya walaupun kontraktor PBT menggunakan kad kuasa.

88) HARTANAH MILIK KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Meminta satu senarai hartanah dimiliki kerajaan negeri Selangor di negeri-negeri lain khususnya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dengan memberi anggaran nilai semasa hartanah ini

  2. Meminta satu senarai hartanah yang pernah dimiliki kerajaan negeri di negeri-negeri lain tetapi dijualkan serta harga jualannya.

88) CABARAN EKONOMI GLOBAL

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut


  1. Sebagai hub dalam sektor pembuatan dan pekilangan khususnya dalam sektor Elektrikal dan Elektronik (E&E), apakah persediaan Kerajaan Negeri untuk berdepan dengan cabaran global seperti dasar perdagangan Trump dan kelembapan ekonomi China?

    Klik jawapan »

88) MEMPERKASAKAN SEKOLAH-SEKOLAH ALIRAN AGAMA ISLAM

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut


  1. Apakah prestasi terkini perancangan Jabatan Agama Islam dalam memperkasakan lagi sekolah-sekolah agama sama ada rendah atau menengah di negeri Selangor.

    Klik jawapan »

  2. Adakah JAIS mempunyai perancangan untuk membina lebih banyak lagi sekolah menengah agama yang semakin mendapat sambutan dari kalangan rakyat di negeri Selangor

    Klik jawapan »

88) ANAK TAK SAH TARAF

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: hal ehwal islam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah statistik terkini anak tak sah taraf di Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Apakah program yang telah dijalankan oleh kerajaan bagi mengatasi masalah ini?

    Klik jawapan »

89) PRESTASI MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Bertulis


  1. Sila nyatakan jumlah aduan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengikut jenis aduan (sampah, jalan, longkang dan lain-lain) setiap bulan dari Januari 2012 ke Januari 2014.

    Klik jawapan »

89) PELANCONGAN PANTAI REMIS

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli

Kategori: Mulut


  1. Apakah pelan pembangunan untuk meningkatkan lagi prasarana di sekitar Pantai Remis yang merupakan salah satu lokasi Pantai Rekreasi di dalam Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

89) PERLOMBONGAN PASIR HARAM

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari

Kategori: Mulut


  1. Dilaporkan terdapat tapak-tapak perlombongan pasir haram di Selangor. Berapakah pendapatan yang sepatutnya diperoleh Kerajaan Negeri daripada aktiviti perlombongan pasir ini?

    Klik jawapan »

  2. Apakah rasional Kerajaan Negeri memiliki punya sistem pengeluaran pasir ini

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah penguatkuasaan yang dicadangkan oleh pihak Kerajaan Negeri?

    Klik jawapan »

89) KUARI

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis


  1. Walaupun kebanyakan kuari atau lombong batu mematuhi pada peraturan-peraturan yang telah ditetapkan, masih terdapat banyak aduan bahawa kegiatan ini mengganggu ketenteraman awam seperti keretakan rumah. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak berkuasa negeri dalam mengelakkan masalah tersebut daripada terus menghantui penduduk-penduduk, contohnya pencemaran bunyi, udara dan keretakan rumah?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan negeri bagi mengawal aktiviti kuari yang terletak berdekatan dengan kawasan perumahan supaya kesan pencemaran bunyi dan udara dapat diminimumkan pada tahap yang selamat

    Klik jawapan »

  3. Kaedah-kaedah Kuari Selangor 2003 adalah tidak sempurna kerana hak penduduk yang berdekatan dengan kawasan kuari tidak terbela dalam kaedah tersebut. Apakah tindakan yang akan diambil oleh Y.B. untuk menjaga/ memastikan keselamatan rakyat diutamakan?

    Klik jawapan »