10) PRESTASI KUTIPAN CUKAI
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan prestasi kutipan cukai semua 12 pihak berkuasa tempatan bagi 2007-2010
-
Apakah kaedah yang digunakan bagi mengutip cukai yang tertinggi?
10) PELANCONGAN
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin
Kategori: Mulut
-
Kawasan Bukit Jugra dan Kampung Bandar terdapat banyak produk pelancongan. Seperti Muzium Insitu Jugra,rumah api Jugra,Istana Lama Alaedin dan tapak sukan para gliding di Bukit Jugra.
-
Apakah perancangan kerajaan negeri untuk membangunkan produk-produk pelancongan tersebut?
10) PERUNDANGAN SYARIAT ISLAM
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah yang telah di jalankan oleh pihak JAIS atau MAIS untuk menjelaskan tasawur perundangan Islam yang sebenarnya kepada non-muslims di Negeri Selangor supaya Islam phobia yang mereka hadapi dapat dihakiskan dari pemikiran mereka ?
-
Setakat ini adakah pernah pihak JAIS atau MAIS mengesyorkan kepada Kerajaan Negeri Selangor untuk menjalankan hukuman syariah ke atas penganut-penganut Islam sahaja di Negeri Selangor dan kalau pernah, apakah halangan-halangan yang dihadapi untuk melaksanakan nya ?
10) PEKERJA ASING DAN PELARIAN ROHINGYA DI SELANGOR
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan taburan pekerja asing dan pelarian Rohingya yang menetap di Selangor mengikut daerah dan bilangan.
-
Memandangkan ujian saringan jangkitan COVID-19 yang mahal, bagaimana Kerajaan Negeri memastikan bahawa wabak tidak berlaku di kalangan pekerja asing dan pelarian?
10) KELESTARIAN BIODIVERSITI DAN SUMBER ASLI DI SELANGOR
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan usaha yang dilakukan bagi meningkatkan kelestarian biodiversiti dan sumber asli di Selangor?
10) MASALAH PENGURUSAN PANGSAPURI KOS RENDAH
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk membantu menyelesaikan masalah penyelenggaraan pangsapuri kos rendah di Negeri Selangor khususnya di Shah Alam yang masih belum menubuhkan Jawatankuasa Mengurus Bangunan (JMB)?
10) MEMBAIK PULIH JALAN-JALAN KAMPUNG TRADISI DI PINGGIR BANDAR
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
-
Terdapat banyak jalan-jalan dan longkang di kampung-kampung tradisi di kawasan pinggir bandar terletak di tanah-tanah persendirian. Jalan-jalan ini telah wujud sekian lama. Mesyuarat MMKN terdahulu telah meluluskan agar peruntukan Kerajaan Negeri boleh digunakan untuk membaiki jalan-jalan yang telah sedia ada. Berapa banyak jalan-jalan tersebut telah direkodkan oleh pihak PBT atau Pejabat Daerah?
-
Berapa peruntukan disediakan untuk membaiki jalan-jalan tersebut?
-
Apakah halangan Kerajaan Negeri untuk melaksanakannya?
10) PENCAPAIAN PENYELESAIAN KILANG HARAM
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai inventori lengkap mengenai kilang haram sama ada di kawasan perbandaran mahupun kampung di seluruh negeri?
-
Siapakah yang terlibat dalam memberi input data kepada Kerajaan Negeri?
-
Adakah pasukan khas untuk memantau dan mengambil tindakan?
10) PPR LEMBAH SUBANG 2, ARA DAMANSARA
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Bertulis
-
PPR Lembah Subang 2,Ara Damansara sudah lama dibina atas tempat pembuangan sampahan dan masih belum didiami. Adakah tempat itu selamat untuk didiami
10) PROJEK NAIK TARAF JALAN RAWANG TOL KE BANDAR TASIK PUTRI (B 27)
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah peruntukan yang telah diluluskan untuk Projek Naik Taraf Jalan Rawang Tol ke Bandar Tasik Puteri (B27)
-
Bilakah projek ini akan dimulakan dan dijangka siap serta jumlah jarak yang akan dinaiktarafkan..