9) SKIM TUNAS-BANTUAN TADIKA SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Berapa banyak peruntukan yang telah dikeluarkan setakat ini setelah ianya dilancarkan?
-
Berapa banyakkah dalam bentuk statistik, Tadika dan Pelajar yang mengambil bahagian dan yang telah mendapat manfaat hasil dari program ini sejak ianya dilancarkan?
9) SUKMA
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
-
Apakah cabaran persiapan SUKMA yang telah dikenalpasti?
-
Apakah opsyen penyelesaian yang telah dikenalpasti untuk mengatasi cabaran tersebut?
-
Apakah bajet SUKMA 2026?
9) HUTANG CUKAI TANAH DAN CUKAI PINTU
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Bertulis
-
Mengapakah tiada tindakan diambil terhadap tuan punya tanah yang tidak membayar cukai tanah dan cukai pintu selama bertahun-tahun berterusan (contoh No. Hak milik 0158578, No. Lot 0042484, Daerah Petaling, Mukim Damansara)?
-
Apakah tindakan yang akan diambil dan berapakah kes sebegini di DUN Subang Jaya?
10) SELANGOR FUTURE CUP
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Bagaimanakah Kejohanan E-Sport Selangor Future Cup akan dilaksanakan di Negeri Selangor?
-
Adakah ianya akan meliputi setiap daerah di Negeri Selangor dan tidak terhad hanya pada satu daerah sahaja?
10) SEKTOR PELANCONGAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Mulut
-
Apakah inisiatif Kerajaan untuk merangsang sektor pelancongan Negeri Selangor pada tahun 2022?
-
Apakah bantuan-bantuan yang tersedia untuk pengusaha industri berkaitan pelancongan?
-
Adakah Kerajaan ada menyediakan peruntukan untuk menaik taraf lokasi tarikan pelancongan?
10) PROJEK JAMBATAN BATANG KALI
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Mulut
-
Projek pelebaran jambatan batang kali kini telah lewat untuk disiapkan dari tarikh yang telah ditetapkan. Apakah langkah segera Kerajaan Negeri untuk membendung masalah trafik yang semakin meruncing terutamanya ketika waktu puncak ?
-
Harap cadangan alternatif untuk selesaikan masalah trafik ini
10) TUNGGAKAN HUTANG KEPADA KERAJAAN PERSEKUTUAN
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila senarai berapakah jumlah tunggakan hutang Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan?
-
Sila nyatakan jumlah tunggakan hutang secara perbandingan di kalangan negeri- negeri kepada Kerajaan Persekutuan?
-
Sila nyatakan jumlah tunggakan hutang yang berjaya dibayar sejak 5 tahun yang lalu ?
10) PENDIDIKAN ANAK-ANAK KAFA
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Abbas Salimmi Bin Che Adzmi @ Azmi
Kategori: Mulut
-
Apakah kerajaan memantau tahap pendidikan anak-anak di KAFA?
-
Apa program Kerajaan Negeri bagi memastikan prestasi pendidikan anak-anak KAFA?
-
Kes kematian murid KAFA Manbiul Ulum Seri Serdang. Apa bantuan kerajaan khususnya pihak Jabatan Agama Islam Selangor kepada keluarga mangsa?
10) KAWASAN PELUPUSAN SAMPAH
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Tiadanya tempat pelupusan sampah berdekatan seperti di Bangi, berlakunya pembuangan sampah secara haram dan tidak terkawal dan menjadi masalah kesihatan bagi penduduk. Berapakah tempat pelupusan sampah di negeri Selangor
-
Benarkah jarak kawasan pelupusan yang jauh menyebabkan pihak pemungut sampah membuangnya dimerata tempat hingga mencemarkan kawasan setempat
-
Apakah kaedah terbaik dijangka dibuat untuk pelupusan sampah di masa hadapan.
10) PERMASALAHAN BANJIR
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Secara amnya jika berlakunya banjir akan mengakibatkan kerugian kepada harta benda serta kehilangan nyawa, kebanyakan masalah banjir kilat yang kerap berlaku adalah berpunca daripada sistem perparitan yang bermasalah. Apakah bentuk kemudahan dalam menangani dan menambahbaikkan sistem perparitan sedia ada bagi mengatasi masalah tersebut?
-
Selain dari melebar dan mendalamkan sistem perparitan serta menyediakan kolam takungan, adakah mekanisme lain dari itu?
-
Nyatakan statistik terkini kawasan yang kerap dilanda banjir kilat di Negeri Selangor khususnya Pelabuhan Klang?