1) PRESTASI KUTIPAN HASIL NEGERI SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan butiran terperinci jumlah kutipan hasil Negeri sehingga 30 Jun 2017 mengikut pecahan daerah.
-
Apakah faktor-faktor yang dikenalpasti akan menjejaskan prestasi kutipan hasil Negeri?
-
Apakah perkembangan terkini usaha penerokaan sektor-sektor baru bagi meningkatkan kutipan hasil Negeri ?
1) PROJEK PENTERNAKAN BABI SECARA MODEN YANG DIRANCANGKAN OLEH KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
-
Sila sebutkan status projek tersebut
-
Apakah masalah yang dihadapi untuk menjayakan projek tersebut?
-
Jangkaan keuntungan yang dapat dihasilkan setelah projek ini dijalankan?
1) BAIKPULIH DAN NAIKTARAF KEMUDAHAN SUKAN
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Adakah jumlah RM20,000 untuk baikpulih kemudahan sukan di setiap DUN sahaja yang diluluskan dalam Belanjawan 2015? Bagaimana jika kos melebihi RM20,000?
-
Bagaimana padang-padang bola yang perlu dinaiktaraf dapat dilaksanakan serta kos penyelenggaraan?
1) PENASIHAT EKONOMI SELANGOR
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohamad Satim Bin Diman
Kategori: Mulut
-
Apakah pencapaian penting Penasihat Ekonomi dalam memajukan negeri setelah 3 tahun pelantikan?
-
Apakah perancangan Penasihat Ekonomi Negeri bagi tahun 2012 untuk meningkatkan ekonomi negeri?
-
Apakah prospek ekonomi negeri Selangor pada tahun 2012 setelah usaha dilakukan Penasihat Ekonomi Negeri tahun lalu?
1) PRESTASI KUTIPAN CUKAI TAKSIRAN OLEH PBT
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan butiran terperinci Prestasi Kutipan Cukai Taksiran di semua PBT sehingga September 2017.
-
Apakah faktor-faktor yang dikenalpasti menjejaskan prestasi kutipan cukai tersebut?
-
Sila nyatakan apakah insentif dan kaedah yang dilakukan bagi melonjakkan prestasi kutipan cukai tersebut?
1) ECRL
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kategori: Mulut
-
Apakah perkembangan terkini projek ECRL di Negeri Selangor?
-
Berapa kali Kerajaan Pusat telah berunding dengan Kerajaan Negeri sejak 9 Mei 2018 tentang projek ini?
1) MEDIA
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah kerajaan untuk mengoptimumkan peranan media bagi menarik perhatian awam tentang kecemerlangan produk dan perkhidmatan Kerajaan Negeri Selangor selain media yang sedia ada iaitu pengedaran Selangor kini / Selangor Times dan penyiaran Selangor TV / Selangor Web?
1) PROJEK PEMBINAAN LEBUHRAYA PANTAI BARAT (LPB)
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila perjelaskan apakah status terkini pembinaan LPB ?
-
Sila nyatakan apakah kekangan utama yang menyebabkan proses pembinaannya masih tertangguh walaupun sudah berulang kali diwar-warkan ?
-
Sila nyatakan sejauh manakah impak projek LPB terhadap pembangunan ekonomi Selangor dalam tempoh jangka pendek dan jangka panjang ?
1) PRESTASI KUTIPAN CUKAI HIBURAN
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan berapakah unjuran kutipan cukai hiburan tahun 2017 dan bagaimanakah prestasi kutipan setakat ini?
-
Sila kemukakan faktorÐfaktor yang mempengaruhi prestasi kutipan cukai hiburan tersebut?
-
Sila nyatakan apakah langkah proaktif yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi menambah hasil kutipan tersebut?
1) BINGKAS
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Pua Pei Ling
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan prestasi perbelanjaan penerima Bingkas bagi DUN Bukit Lanjan mengikut bulan bagi tahun 2024.
-
Apakah mekanisme pemantauan yang dilaksanakan untuk memastikan keberkesanan bantuan BINGKAS?
-
Bagaimanakah kerajaan negeri memastikan peruntukan BINGKAS dibelanjakan secara optimum oleh penerima untuk tujuan yang disasarkan?