87) PELANCONGAN DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal
Kategori: Bertulis
-
Apakah jumlah pelancongan yang dianggarkan akan melawat Negeri Selangor pada tahun 2009. Apakah pecahan peratusan pelancong tersebut mengikut Negara
-
Apakah strategi kerajaan negeri untuk menarik pelancong dari luar Negara memandangkan kita sedang dan akan menghadapi krisis ekonomi sedunia.
-
Berapakah jumlah budget Kerajaan Negeri untuk menarik penambahan pelancong bagi tahun 2009.
87) KESAN EKONOMI GLOBAL
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk menerokai bidang ekonomi baru yang boleh memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat?
-
Apakah usaha-usaha Kerajaan Negeri yang telah dibuat bagi membantu rakyat berdikari dan tidak hanya mengharap pekerjaan yang diperolehi dari pelabur luar?
-
Bagaimanakah tindakan kerajaan negeri terhadap pekerja-pekerja asing yang mula menjejaskan pendapatan rakyat tempatan, seperti menguasai perniagaan pasar malam dan kawasan tertentu?
87) LOJI RAWATAN AIR LABOHAN DAGANG
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini loji rawatan air Labohan Dagang?
-
Bilakah projek pembinaan loji ini dijangka siap?
87) RUMAH SELANGORKU
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan berapa ramai pemohon mengikut jenis A, B, C, D Rumah SelangorKu?
-
Berapa peratus permintaan ini yang dapat di penuhi dan di tolak? Kenapa?
-
Apakah KNS mempunyai perancangan untuk meneruskan pembuatan Rumah SelangorKu yang mempunyai banyak permintaan ini?
87) PROGRAM ADUN MUDA SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini Program ADUN Muda Selangor yang terakhirnya dijalankan pada tahun 2016?
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat menyambung program ini, dan apakah pembaikan yang akan dilakukan bagi meningkatkan kesedaran sivik antara mahasiswa dan mahasiswi?
87) NAHI MUNGKAR YANG EFEKTIF
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Bertulis
-
Bilakah terakhir semakan jumlah anggota penguatkuasa JAIS dilakukan?
-
Isu gejala sosial/maksiat dan kemungkaran lazimnya sukar ditangani oleh JAIS kerana dikatakan tidak cukup anggota. Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk mempastikan langkah nahi mungkar berkesan dengan keperluan semasa?
87) PEMBANGUNAN TANAH UTILITI
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Mulut
-
Apakah pendirian Kerajaan Negeri terhadap tanah-tanah utiliti dan kemudahan awam?
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mengekalkan tanah rezab telekom daripada dibangunkan menjadi tanah komersil?
-
Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri bagi mempertahankan tanah kegunaan utiliti ini untuk kepentingan awam?
87) KESAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN ATAS SEKTOR PELANCONGAN
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kategori: Mulut
-
Sila beri status terkini tentang kedatangan pelancong tempatan dan luar negara ke Selangor untuk suku tahun pertama tahun 2020, berbanding dengan tahun 2019.
-
Apa langkah-langkah yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan pelancongan tempatan bertambah baik?
87) OTOMASI INDUSTRI PENGURUSAN SAMPAH
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Bertulis
-
Apakah dasar yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan untuk memenuhi manifesto Pakatan Harapan untuk mengotomasikan industri pengurusan sampah?
87) PENAMATAN KONTRAK ALAM FLORA
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan secara detail apakah punca utama Syarikat Alam Flora yang mengendalikan kerja-kerja kutipan sampah telah menamatkan kontrak mereka dengan semua PBT ?
-
Sila nyatakan berapakah penjimatan yang dapat diperolehi oleh setiap PBT selepas penamatan kontrak dengan syarikat Alam Flora ?
-
Sila perjelaskan apakah cara penyelesaian tunggakan-tunggakan hutang yang masih belum dijelaskan oleh semua PBT kepada syarikat tersebut ?