87) PRESTASI AHLI-AHLI MAJLIS
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan kehadiran setiap Ahli Majlis dalam mesyuarat Jawatankuasa dan Mesyuarat Penuh Majlis di Selangor selain MDKL dan MBPJ bermula Julai 2018 hingga sekarang.
-
Nyatakan peratusan kegunaan peruntukan zon untuk setiap Ahli Majlis di Selangor selain MDKL dan MBPJ bermula Julai 2018 hingga sekarang.
87) LAWATAN LUAR NEGERI
Tahun: 2011
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila senaraikan kesemua lawatan luar Negara yang telah dilakukan oleh YAB Dato Menteri Besar sejak 3 tahun yang lalu?
-
Sila senaraikan lawatan kerja rasmi yang dilakukan oleh para Ahli EXCO sepanjang tahun 2010 dan 2011 serta berapakah kos perbelanjaannya?
-
Sila nyatakan secara terperinci apakah pencapaian dan matlamat lawatan tersebut khususnya terhadap pelaburan dan juga pertumbuhan ekonomi Negeri Selangor?
87) PROGRAM MAMMOGRAM
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin
Kategori: Mulut
-
Berapakah peserta yang membuat pemeriksaan?
-
Dimanakah ia dilaksanakan?
-
Mengapakah program ini dihentikan pada 2013 sehingga sekarang?
87) PROJEK USAHASAMA ANTARA ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI DAN SWASTA
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Bertulis
-
Dari manakah mereka mendapat pinjaman? Sekiranya pinjaman itu ditanggung Kerajaan Negeri ke manakah pinjaman itu dibayar?
-
Nyatakan syarikat yang pinjamannya dilakukan dengan jaminan kerajaan dan berapakah jumlahnya
-
Apakah tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri sekarang bagi menjamin peminjam-peminjam ini membayar semula segala pinjaman-pinjaman tersebut
87) MENUKAR STATUS TANAH DI KAWASAN HUTAN SIMPAN
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Apakah pendirian kerajaan terhadap nasib dan hak 50 orang penduduk Kg Kemensah yang telah mengusahakan lebih dari 30 tahun kawasan tanah seluas 100 ekar yang pada asalnya adalah Tanah Rizab Melayu Sg Telaga tetapi pada 15 Januari 2015 telah diwartakan sebagai Hutan Simpan Ulu Gombak (Tambahan)?
-
Apakah kerajaan bersedia menukar status tanah seluas 100 ekar dengan pada masa sama mematuhi syarat pengekalan sebanyak 32% kawasan berhutan di Selangor?
-
Apakah Kerajaan Negeri boleh menukar status kawasan ini jika cukup fakta menyatakan bahawa keadaan kawasan tersebut tidak lagi sesuai sebagai kawasan hutan simpan?
87) PEMBANGUNAN RUMAH
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Pang Sock Tao
Kategori: Mulut
-
Apakah status pembinaan 245 unit rumah PPR bagi pekerja ladang di lima estet di Bestari Jaya (Ladang Minyak, Ladang Sungai Tinggi, Ladang Mary, Ladang Nigel Garder dan Ladang Bukit Tagar)?
-
Apakah jenis reka bentuk dan harga PPR tersebut?
87) SMART SELANGOR BUS
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong
Kategori: Bertulis
-
Berapa peruntukan telah disalurkan bagi membina perhentian bas Smart Selangor? Sudah ada berapa perhentian bas ini sudah siap dibina?
-
Mohon senaraikan jumlah laluan yang telah diluluskan oleh Stanco Pengangkutan Bandar Selangor mengikut setiap Pihak Berkuasa Tempatan sehingga Jun 2019 dan jumlah perjalanan dan jumlah penumpang Smart Selangor Bus mengikut setiap Pihak Berkuasa Tempatan dari bulan Januari 2019 hingga Jun 2019.
-
Apakah tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk meningkatkan jumlah penumpang?
87) STATUS PROJEK OLAK LEMPIT
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan status projek Olak Lempit
-
Berapa ramaikah penternak akan dipindahkan ke Olak Lempit?
87) KIPAS BESAR HVLS
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei
Kategori: Bertulis
-
Apakah dasar dan SOP untuk pemasangan kipas besar HVLS di Negeri Selangor?
-
Adakah pengawasan kipas besar HVLS dalam proses pemasangan dan penyelanggaran demi untuk keselamatan orang awam ?
87) PELAN HALA TUJU STRATEGIK E-DAGANG (NESR)
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri Selangor membantu golongan muda mengoptimumkan perdapatan e-dagang di luar bandar di Selangor?
-
Apakah insentif yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk peniaga e-dagang agar berada dalam Pelan Hala Tuju Strategik E-Dagang (NESR)?