9) TALAM CORPORATION SENDIRIAN BERHAD
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Bertulis
-
Apakah status pungutan hutang dari syarikat TALAM dan berapakah jumlah tunai yang telah dipungut?
-
Apakah aset-aset TALAM yang telah dijual untuk membayar hutang mereka?
9) PELAKSANAAN OSC 3.0
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Berapa banyak PBT telah mula mengguna OSC 3.0? Berapakah kos yang perlu dibiayai oleh setiap PBT?
-
Apakah kelebihannya berbanding sistem OSC yang lama?
-
Berapa banyak sesi penerangan telah diadakan dengan pengguna-pengguna sistem OSC yang lama?
9) PROGRAM KAWALAN KESELAMATAN KAMPUNG
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan apakah matlamat utama program tersebut dilaksanakan?
-
Sila perjelaskan apakah usaha ini membuktikan kegagalan pihak PDRM mengawal keselamatan kampung dengan berkesan ?
-
Sila nyatakan berapakah insentif dan bayaran yang diberikan kepada JKKK yang terlibat dalam menjayakan program tersebut ?
9) GENIUS HAFIZ AL-QURAN
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Mengambil pelajar-pelajar 9A+ ke atas bagi menjalani program genius hafiz Al-Quran.
-
Menentukan modul latihan hafiz genius dan dari mana guru-guru mendapat latihan mereka.
9) AUDIT BIODIVERSITI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan bila audit biodiversiti terkini dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dan Jabatan Perhilitan untuk mengenalpasti pemeliharaan dan pemuliharaan fauna di Selangor.
-
Apa data dan fakta yang terkandung daripada analisa audit biodiversiti di Selangor? Berapa haiwan liar dan fauna bakal pupus atau sudah pupus kebelakangan ini?
-
Apa terjadi kepada pemantauan kelip-kelip yang dilaksanakan sebelum ini? Adakah ia disambung kajian dan pemantauan?
9) PELUANG PEKERJAAN UNTUK GOLONGAN ANAK MUDA
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
-
Berapakah gaji purata dan pendapatan median golongan anak muda di Selangor? Bandingkan dengan negeri-negeri lain
-
Apakah polisi dan usaha kerajaan dalam membangunkan golongan anak muda dari segi pekerjaan dan pendapatan?
-
Apakah prospek anak muda di Selangor berbanding negeri lain?
9) KEMUDAHAN WIFI PERCUMA DI PULAU INDAH, PELABUHAN KLANG
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk memberi serta meluaskan lagi kemudahan Wifi Percuma di dalam kawasan Pelabuhan Klang terutamanya di Mukim Pulau Indah Daerah Klang?
9) MAMMOGRAM
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
-
Selepas PRU-13 yang lalu dan sehingga pada ketika ini, berapa ramaikah penerima baru yang telah menerima manfaat?
-
Bilakah Kerajaan Negeri akan menyambung semula skim Mammogram ini?
9) AHLI MAJLIS
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Bertulis
-
Apakah prestasi Ahli Majlis lantikan selepas Mac 2008 dan adakah KPIÕs digunakan dalam penilaian tersebut?
-
Senaraikan jumlah peruntukan Ahli Majlis setiap PBT bagi tahun 2008, 2009
-
Adakah kerajaan bersedia melantik Ahli Majlis sepenuh masa dengan membayar emolumen yang setimpal?
9) PENTADBIRAN TANAH DAN TASK FORCE
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Memandangkan kes-kes tertunggak dalam pengeluaran tukar syarat dan hak milik strata, apakah tindakan kerajaan negeri dalam menghadapi permasalahan begini yang sekian lama dibelenggu terutamanya penduduk di sebahagian perkampungan Telok Gong, Pelabuhan Klang dan kawasan yang lain
-
Sila perincikan statistik guna tanah di Pelabuhan Klang khususnya dan apakah tindakan kerajaan negeri terhadap tanah-tanah yang tidak dibayar premium, cukai tanah atau lesen pendudukan sementara (tanah TOL) yang tidak diusahakan oleh pemilik.