86) RUMAH EXCO
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Berapa kos penyelenggaraan untuk kompleks rumah EXCO di Seksyen 7 Shah Alam
-
Adakah semua EXCO diwajibkan mengambil kunci untuk rumah masing- masing.
-
Jika tidak, apa rancangan untuk rumah yang tidak akan digunakan oleh EXCO?
86) DANA BANTUAN GUAMAN SELANGOR
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Bertulis
-
Apakah prestasi Program Bantuan Guaman setakat kini?
86) CADANGAN MENGADAKAN MATA PELAJARAN KHAS KEIBUBAPAAN DAN PENDIDIKAN ANAK DI SEKOLAHSEKOLAH DI BAWAH KAWALAN NEGERI SELANGO
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Memandangkan kes-kes anak derhaka, penagihan dadah, melakukan jenayah, gengsterisme semakin bertambah, adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk memasukan mata pelajaran Pendidikan Keibubapaan dan Pendidikan Anak di sekolah-sekolah Negeri Selangor berteraskan ajaran Islam?
-
Jika ya, sila nyatakan perancangannya, jika tidak, nyatakan alternatifnya
86) RUMAH KOS RENDAH DAN MAMPU MILIK
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Bertulis
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk selaraskan penyediaan rumah kos rendah Rumah Selangorku dengan rancangan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia?
86) INSENTIF PERKAHWINAN BELIA
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Haji Zaidy Bin Haji Abdul Talib
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah penerima Insentif Perkahwinan Belia pada tahun 2014?
-
Bagaimanakah proses kelulusan dan pembayaran dibuat?
-
Berapa lamakah tempoh masa proses kelulusan sesuatu permohonan?
86) PESURUHJAYA BANGUNAN (COB)
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan berapa banyak aduan yang telah dilaporkan berkenaan dengan COB kepada setiap PBT dari bulan Oktober 2008 lalu hingga kini dan berapa daripada aduan tersebut telah diselesaikan.
-
Adakah pegawai-pegawai baru akan dibekalkan untuk menolong dalam pengendalian isu-isu COB? Jika ya, sila nyatakan berapa banyak pegawai baru yang akan diambil dan kriteria-kriteria untuk perjawatan
-
Apakah yang sedang dilakukan untuk menangani masalah ancaman tindakan undang-undang dan tuntutan-tuntutan mahkamah fitnah terhadap pegawaipegawai COB dan COB (Datuk Bandar) oleh pemaju-pemaju?
86) MASALAH PENDATANG ASING
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah pendatang asing/pekerja asing yang terdapat di Negeri Selangor ini?
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri mengawal kegiatan mereka supaya tidak menimbulkan masalah sosial?
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengurangkan kegiatan jenayah yang dilakukan oleh pendatang asing ini?
86) INISIATIF PEDULI RAKYAT (IPR) NEGERI SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah penjajaran Kerajaan Negeri berkaitan inisiatif peduli rakyat?
86) SEHAT SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan bilangan kes yang diterima melalui SEHAT Selangor dari 2019 hingga kini.
-
Berapakah dari kes tersebut memerlukan intervensi pakar? Berapa pesakit yang telah melebihi kuota subsidi 10 sesi?
-
Berapakah yang telah dibelanja oleh Kerajaan Negeri untuk program SEHAT ikut tahun?
86) TANAH KERAJAAN DIBERIMILIK KEPADA PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (PKNS)
Tahun: 2011
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun:
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah keluasan tanah kerajaan, jika ada, yang telah diberi milik kepada PKNS?
-
Berapakah keluasan tanah tersebut yang belum dimajukan oleh PKNS?
-
Berapakah cukai tanah tertunggak, jika ada, yang masih belum dibayar oleh PKNS?