86) BANDARAYA/BANDAR SELAMAT
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Apakah ciri-ciri yang dilaksanakan di Bandaraya/ Bandar di Selangor untuk menjamin keselamatan bagi kaum wanita dan gadis di ruang awam?
86) BILAKAH SEKOLAH RENDAH AGAMA PUCHONG PERDANA AKAN DIBINA
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Bilakah Sekolah Rendah Agama Puchong Perdana akan dibina memandangkan KAFA Al-Ikhwan tidak sesuai dijadikan Sekolah dengan keadaan yang terlalu bising dibawah stesen dan laluan LRT Puchong Perdana
86) JEJANTAS BULATAN BANDAR SAUJANA PUTRA
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Nyatakan status Jejantas Bulatan Bandar Saujana Putra yang masih lagi di tunda pembinaannya?
-
Bilakah jangkaan siap pembangunan jejantas tersebut?
86) PERLAKSANAAN PROJEK MELALUI TAWARAN TENDER TERBUKA NEGERI SELANGOR
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
-
Berapa banyak projek yang ditawarkan melalui tender terbuka sepanjang tahun 2008-2012 dan berapa banyak projek yang telah terbengkalai atau lewat disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan?
-
Senaraikan projek-projek yang lewat siap mengikut nama projek, nama syarikat dan nilai projek mengikut daerah dalam negeri Selangor.
-
Apakah langkah-langkah yang telah dan akan diambil bagi memastikan projek ditawarkan melalui tender terbuka kerajaan siap dilaksanakan mengikut tarikh yang ditetapkan?
86) KAWASAN INDUSTRI DI SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Perindustrian
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan kawasan-kawasan industri utama di Negeri Selangor
-
Nyatakan tiga syarikat yang terbesar di setiap kawasan industri di senarai (a) dengan jumlah pelaburan dan peluang pekerjaan
-
Apakah usaha kerajaan untuk memastikan infrastruktur kawasan industri diselenggara dengan baik?
86) MASA ALIRAN SIMPANG EMPAT PERSIARAN PEGAGA DAN JALAN BATU UNJUR
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
-
Adakah JKR akan menukar masa hala lampu isyarat di Simpang Empat Persiaran Pegaga dan Jalan Batu Unjur memandangkan jalan tersebut sentiasa mengalami kesesakan?
86) FIQH AWLAWIYYAT
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
-
Apakah JAIS sudah mengatur secara sistematik kefahaman tentang fiqh awlawiyyat dalam menyelesaikan masalah hidup ahli kariah masjid dan surau?
-
Juga, adakah semua guru di sekolah JAIS dilengkapi dengan kefahaman mantap untuk bertindak sebagai murabbi kepada anak murid dalam melayari kehidupan?
86) PERANAN MENTERI BESAR DI BADAN-BADAN BERKANUN DAN ANAK-ANAK SYARIKAT NEGERI SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan semua jawatan yang dipegang oleh Dato' Menteri Besar di semua badan berkanun dan anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor.
-
Sila senaraikan gaji, elaun dan setiap kemudahan yang diterima di setiap jawatan tersebut.
86) PEMBINAAN PINTU GERBANG DAN MENAIKTARAF KAWASAN LITTLE INDIA, DI JALAN TENGKU KELANA KLANG
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
-
Bilakah Pintu Gerbang di Kawasan Little India, di Jalan Tengku Kelana Klang akan mula dibina?
-
Bilakah sistem perparitan di Kawasan Little India, di Jalan Tengku Kelana Klang akan mula dinaiktaraf dan dibaiki sepenuhnya?
-
Bilakah Kerajaan Negeri Selangor akan mengadakan Program Pembangunan dengan menaiktaraf bagi mempromosikan Kawasan Little India, sebagai tempat pelancongan dan digazetkan sebagai Kawasan Bersejarah dalam Negeri Selangor ini?
86) RUMAH EXCO
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Berapa kos penyelenggaraan untuk kompleks rumah EXCO di Seksyen 7 Shah Alam
-
Adakah semua EXCO diwajibkan mengambil kunci untuk rumah masing- masing.
-
Jika tidak, apa rancangan untuk rumah yang tidak akan digunakan oleh EXCO?