85) SKIM-SKIM MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR (MES)
Tahun: 2011
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun:
Kategori: Bertulis
-
Adakah elaun petugas / kerani kawasan DUN akan dinaikkan memandangkan bahawa kerja dan tanggungjawab tambahan adalah diperlukan disebabkan oleh perubahan atau tambahan kepada skim-skim MES? Sekiranya tidak, sila nyatakan sebab-sebab.
-
Mengapakah perubahan-perubahan kepada skim-skim MES tidak dibincangkan dengan semua ADUN sebelum diimplementasikan atau dilaksanakan?
-
Adakah pihak jawatankuasa MES atau konsultan-konsultan MES akan mengadakan sesi perbincangan atau konsultasi pada masa depan sebelum melaksanakan sebarang perubahan kepada skim-skim MES?
86) LESEN PERNIAGAAN
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
-
Berapakah kadar kenaikan fee lesen perniagaan di Negeri Selangor sejak 2008 hingga 2015?
-
Apakah kadar fee ini akan disemak semula sepertimana janji dalam Bajet Negeri Selangor 2015?
86) SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE)
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan dapat mempertimbangkan bahawa penjaga boleh terdiri daripada JIRAN?
-
Bagaimanakah kerajaan dapat bantu untuk mendaftarkan rakyat yang tiada anak, saudara dan pertubuhan?
86) BANDARAYA/BANDAR SELAMAT
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Apakah ciri-ciri yang dilaksanakan di Bandaraya/ Bandar di Selangor untuk menjamin keselamatan bagi kaum wanita dan gadis di ruang awam?
86) PENCEMARAN SUNGAI KELANG
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Apakah tindakan pihak berkuasa Petaling Jaya terhadap operator pusat kitar semula di atas rezab Sg Kelang, PJS 3 dan kerja-kerja penternakan yang dijalankan di tapak?
86) MASA ALIRAN SIMPANG EMPAT PERSIARAN PEGAGA DAN JALAN BATU UNJUR
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
-
Adakah JKR akan menukar masa hala lampu isyarat di Simpang Empat Persiaran Pegaga dan Jalan Batu Unjur memandangkan jalan tersebut sentiasa mengalami kesesakan?
86) BILAKAH SEKOLAH RENDAH AGAMA PUCHONG PERDANA AKAN DIBINA
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Bilakah Sekolah Rendah Agama Puchong Perdana akan dibina memandangkan KAFA Al-Ikhwan tidak sesuai dijadikan Sekolah dengan keadaan yang terlalu bising dibawah stesen dan laluan LRT Puchong Perdana
86) MASIH BANYAK TERDAPAT PREMIS-PREMIS MAKANAN DAN PERKHIDMATAN YANG BEROPERASI MASIH BELUM MEMPUNYAI SIJIL PEMATUHAN SYARIAH ATAU SIJIL HALAL DARI JAIS DAN JAKIM
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan yang boleh diambil bagi memastikan premis ini beroperasi dengan bersijil?
-
Apakah JAIS mempunyai cukup keupayaan untuk melakukan pemantauan bagi memastikan pematuhan syarat bagi premis yang telah mempunyai sijil halal?
86) MASJID
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah masjid baru yang akan di bina oleh kerajaan negeri dan berapakah pula yang terbengkalai sejak tahun 2008,, apakan penyebab utamanya?
86) KEBAJIKAN OKU
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Dato' Noorazley Bin Yahya
Kategori: Mulut
-
Sejak ditubuhkan, berapakah dana yang telah dibelanjakan oleh Yayasan Insan Istimewa Selangor khususnya untuk membantu golongan OKU di kawasan luar bandar?
-
Berapakah jumlah penerima bantuan Yayasan Insan Istimewa oleh golongan OKU di kawasan DUN Bukit Melawati?