85) PERUMAHAN BAHARU
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mu'izzuddeen Bin Mahyuddin
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk menambah kawasan perumahan baharu di DUN Hulu Bernam? Terutama perumahan mampu milik.
85) KAMPUNG ORANG ASAL
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan jumlah Kampung Orang Asal di Selangor yang masih tidak mempunyai akses kepada air minum bersih dan kemudahan elektrik.
-
Nyatakan tempoh masa Kerajaan Negeri dalam memastikan semua Kampung Orang Asal mempunyai 100% akses kepada air minum bersih dan kemudahan elektrik.
85) DASAR PEMBASMIAN KEMISKINAN SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah dasar pembasmian kemiskinan Kerajaan Negeri Selangor yang boleh digunapakai oleh semua jabatan dan agensi Kerajaan Negeri Selangor?
85) DEWAN ORANG RAMAI
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini pembinaan sebuah dewan orang ramai yang mampu memuatkan lima gelanggang badminton untuk kemudahan bagi masyarakat di DUN Taman Templer?
85) PRESTASI KDEB WASTE MANAGEMENT SDN BHD (KDEBWM) MENGURUSKAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah peruntukan dan kos perbelanjaan kepada KDEB untuk menguruskan pungutan sisa pepejal pada tahun 2017, 2018, 2019 mengikut setiap Pihak Berkuasa Tempatan?
85) PROJEK LEBUHRAYA DUKE FASA 3
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Apakah yang dimaksudkan dengan Projek Lebuhraya DUKE Fasa 3?
-
Apakah tindakan kerajaan terhadap pemaju swasta yang tidak merujuk kepada MPAJ walaupun projek tersebut melalui kawasan tadbir MPAJ?
-
Apakah perlu kerajaan menilai untung-rugi projek ini jika diukur dengan kesulitan yang dihadapi oleh rakyat?
85) LAPOR JALAN ROSAK MELALUI WAZE
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong
Kategori: Bertulis
-
Adakah status terkini kejayaan sistem lapor jalan rosak melalui aplikasi Waze?
-
Nyatakan jumlah aduan diterima, jumlah aduan selesai dan tempoh masa penyelesaian.
85) INISIATIF SELANGOR ADVANCE
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan peruntukan yang telah digunakan untuk inisiatif Selangor Advance di bawah MBI.
-
Berapa ramai kontraktor dan penyedia perkhidmatan kerajaan dan syarikat swasta telah menerima bayaran melalui Selangor Advance, dan apakah sektor-sektor utama yang terlibat?
85) MIMBAR
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Bertulis
-
Berapakah penerima pembiayaan MIMBAR semenjak 2014 sehingga kini? Nyatakan mengikut DUN?
-
Apakah usaha-usaha baru yang di buat bagi membantu penduduk di bandar keluar dari kemiskinan?
-
Berapakah sasaran pembiayaan yang telah tercapai? Jika tidak, nyatakan faktor kegagalan tersebut
85) PERHUTANAN SEMULA
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan dasar reforestation selepas habisnya aktiviti lombong dan kuari di dalam hutan.