85) SUKAN BOLA SEPAK
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar
Kategori: Mulut
-
Syabas pasukan Bola Sepak Malaysia layak ke Piala Asia 2023. Bilakah pasukan Bola Sepak Selangor dapat menjuarai semula Piala Malaysia dan mengembalikan semula zaman kegemilangan sukan bola sepak Negeri Selangor?
85) RIZAB SIMPANAN WANG PBT
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Meminta satu senarai rizab simpanan wang setiap PBT sejak tahun 2007 hingga sekarang.
85) PENULARAN WABAK COVID-19
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Syamsul Firdaus Bin Mohamed Supri
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah rakyat Selangor yang terbabit dengan wabak Covid-19?
-
Berapakah kos yang dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri untuk menangani wabak tersebut?
-
Sejauh mana keberkesanan langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri dalam menangani masalah Covid-19?
85) CAWANGAN BARU JABATAN ALAM SEKITAR
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat mencadangkan Jabatan Alam Sekitar menubuhkan cawangan di Daerah Hulu Selangor memandangkan Cawangan Gombak kekurangan anggota penguatkuasa untuk memantau kilang perindustrian dan pembakaran terbuka yang semakin bertambah di Hulu Selangor. Jika ya, nyatakan butir-butirnya.
85) PROJEK KEMUDAHAN SUKAN
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan semua projek kemudahan infrastruktur sukan di DUN Selat Klang sejak 2008 beserta nilai projek dan agensi terlibat.
85) KERJA PENYELENGGARAAN POKOK
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong
Kategori: Mulut
-
Banyak aduan berkenaan kerja selenggaraan pokok bawah MPAJ belum dapat diselesaikan, mohon jelaskan SOP selepas menerima aduan kepada perkara tersebut.
85) SAMPAH
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan lokasi-lokasi pembuangan sampah haram mengikut daerah/PBT?
-
Nyatakan bentuk hukuman dan namakan kontraktor-kontraktor yang dikenalpasti membuang sampah di lokasi haram mengikut daerah/PBT?
85) PELABURAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah pelaburan yang berjaya dicatatkan pada tahun lalu mengikut kategori?
-
Apakah perancangan kerajaan untuk memperdayakan lagi pelaburan dalam negeri dan memberi peluang pekerjaan yang lebih baik kepada anak tempatan?
-
Adakah pekerja asing memberi impak kepada kekuatan ekonomi Selangor
85) AGENDA KESAN PERUBAHAN IKLIM
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah dan program yang diambil oleh kerajaan negeri untuk mengurangkan impak perubahan iklim ?
-
Apakah cabaran yang dihadapi daripada perubahan iklim oleh kerajaan negeri ?
85) INDUSTRI KECIL DAN SERDERHANA
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Mulut
-
Pada tahun 2014/2015 , sila menyatakan Industri kecil dan serdehana (IKS) yang melabur dan menjalankan perniagaan di daerah Sepang?
-
Sila memberi nama syarikat, lokasi Dan jenis pengusahaan yang dijalankan..