85) MANIFESTO BANTUAN & BIASISWA
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun
Kategori: Bertulis
-
Apakah status pelaksanaan manifesto tersebut?
-
Berapakah jumlah anak Selangor yang telah menerima bantuan dan biasiswa dari kerajaan negeri, yayasan atau anak syarikatnya dari 2008 hingga 2012?
-
Berapakah jumlah kewangan yang dikeluarkan untuk membiayai bantuan dan biasiswa tersebut dari 2008 hingga 2012?
85) TANAH UNTUK SEKOLAH BANTUAN MODAL
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Sila beri perincian status pemilikan dan kelulusan tanah bagi sekolah bantuan modal yang sedia ada mengikut jenis dan kawasan.
-
Berapa tanah sekolah bantuan modal yang diluluskan oleh kerajaan negeri dari tempoh 2008 sehingga 2013?
85) SKIM BANTUAN KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh
Kategori: Mulut
-
Kenapa pihak YAWAS mengarahkan penerima bantuan kerajaan seperti baucer warga emas untuk ambil di pejabat ADUN pembangkang sedangkan ADUN pembangkang tidak menerima sebarang bantuan dan sebarang arahan berkenaan bantuan - bantuan Kerajaan Negeri?
85) DANA BANTUAN GUAMAN SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan prestasi Dana Bantuan Guaman Selangor.
85) SKIM-SKIM MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR (MES)
Tahun: 2011
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun:
Kategori: Bertulis
-
Adakah elaun petugas / kerani kawasan DUN akan dinaikkan memandangkan bahawa kerja dan tanggungjawab tambahan adalah diperlukan disebabkan oleh perubahan atau tambahan kepada skim-skim MES? Sekiranya tidak, sila nyatakan sebab-sebab.
-
Mengapakah perubahan-perubahan kepada skim-skim MES tidak dibincangkan dengan semua ADUN sebelum diimplementasikan atau dilaksanakan?
-
Adakah pihak jawatankuasa MES atau konsultan-konsultan MES akan mengadakan sesi perbincangan atau konsultasi pada masa depan sebelum melaksanakan sebarang perubahan kepada skim-skim MES?
85) PENULARAN WABAK COVID-19
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Syamsul Firdaus Bin Mohamed Supri
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah rakyat Selangor yang terbabit dengan wabak Covid-19?
-
Berapakah kos yang dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri untuk menangani wabak tersebut?
-
Sejauh mana keberkesanan langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri dalam menangani masalah Covid-19?
85) CAWANGAN BARU JABATAN ALAM SEKITAR
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat mencadangkan Jabatan Alam Sekitar menubuhkan cawangan di Daerah Hulu Selangor memandangkan Cawangan Gombak kekurangan anggota penguatkuasa untuk memantau kilang perindustrian dan pembakaran terbuka yang semakin bertambah di Hulu Selangor. Jika ya, nyatakan butir-butirnya.
85) PROJEK KEMUDAHAN SUKAN
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan semua projek kemudahan infrastruktur sukan di DUN Selat Klang sejak 2008 beserta nilai projek dan agensi terlibat.
85) SENARAI TANAH PEWARTAAN DAN HAK MILIK MPKL, PTDKL DAN AGENSI-AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI DI KUALA LANGAT
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Berikan senarai tanah di Mukim Tanjung Dua Belas Satu, Daerah Kuala Langat yang telah diwartakan kepada MPKL, PTD Kuala Langat dan agensi-agensi Kerajaan Persekutuan dan negeri yang lain dan apakah status tanah tersebut sama ada sudah dibangunkan atau tidak.
85) ISU KERETA BURUK MERATA-RATA DI KAWASAN MASING-MASING
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan untuk menyelesaikan masalah kereta buruk/ terbiar di kawasan masing-masing?
-
Kebanyakan PBT menghadapi penyelesaian masalah ini kerana tempat menyimpan kereta telah penuh, apakah penyelesaian untuk PBT menyelesaikan masalah ini?