84) PENERIMA SKIM CERIA
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan penerima Skim Ceria dan butiran projek di DUN Seri Kembangan pada tahun 2022 seringa terkini.
84) NAIK TARAF GELANGGANG FUTSAL YANG ROSAK
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Dato' Noorazley Bin Yahya
Kategori: Mulut
-
Adakah terdapat had permohonan bagi tujuan baik pulih gelanggang futsal yang telah uzur bagi setiap DUN?
-
Berapakah jumlah peruntukan yang disalurkan kepada PBT bagi tujuan baik pulih prasarana seperti gelanggang futsal ini?
84) PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Pembangunan Luar Bandar
Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom
Kategori: Mulut
-
Apakah strategi pembangunan daerah-daerah di luar Lembah Klang selaras dengan aspirasi RMK-10?
-
Adakah kerajaan bercadang untuk merombak dan menetapkan fokus dan jenis aktiviti pembangunan sosioekonomi baru di semua daerah di Selangor?
-
Apakah arah tuju dan perancangan khusus bagi pembangunan daerah Kuala Langat?
84) PERLAKSANAAN PROJEK CERIA DI SELURUH NEGERI SELANGOR
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan status dan perincian perlaksanaan Projek Ceria di seluruh Negeri Selangor bagi tahun 2011.
84) INDEKS KUALITI AIR BAGI SUNGAI-SUNGAI YANG SEDANG DIPERTIMBANGKAN UNTUK TUJUAN SUMBER AIR UNTUK LOJI RAWATAN AIR
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
-
Apakah kualiti air mentah sungai yang boleh diterima sebelum diproses LRA?
-
Sila bekalkan indeks kualiti air bagi semua sungai yang sedang dipertimbangkan untuk tujuan sumber air LRA.
-
Pencegahan kegunaan air tidak berkualiti pastikan kelestarian. Apakah langkah-langkah untuk memastikannya?
85) CENTRAL SPECTRUM (M) SDN BHD
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
-
Apakah objektif penubuhan Central Spectrum (M) Sdn Bhd?
-
Nyatakan pendapatan dan keuntungan Central Spectrum (M) Sdn Bhd?
-
Apakah nama, nilai serta lokasi projek kendalian Central Spectrum (M) Sdn Bhd?
85) PERUNTUKAN NAIKTARAF INFRA SUKAN DUN PANDAMARAN
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan status peruntukan naiktaraf infra sukan di DUN Pandamaran yang pernah hantar untuk tahun 2020 dan 2021.
-
Adakah peruntukan ini akan diteruskan pada tahun 2022?
85) PROJEK SELANGOR PENYAYANG
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan semua Projek Selangor Penyayang yang telah dibuat di DUN Seri Kembangan dengan butiran projek seperti jumlah peruntukan bagi setiap projek, tarikh siap kerja dan skop kerja.
85) PERUMAHAN BAHARU
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mu'izzuddeen Bin Mahyuddin
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk menambah kawasan perumahan baharu di DUN Hulu Bernam? Terutama perumahan mampu milik.
85) MEDIA ALTERNATIF KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
-
Media saluran utama tidak memberikan liputan kepada usaha dan programÐ program Kerajaan Negeri Selangor . Justeru itu Kerajaan Negeri melancarkan TV Selangor dan TV Antara sebagai media alternatif. Adakah Kerajaan Negeri membuat kajian tentang keberkesanan media alternatif ini sejak ianya dilancarkan?
-
Berjayakah akhbar Selangorkini menyalurkan maklumat Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat kepada seluruh rakyat Negeri Selangor?