84) MENAIK TARAF JALAN NEGERI B131 DAN PERSIMPANGAN JALAN PERSEKUTUAN FT54
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
-
Dewan pernah diberitahu pada sidang 2013/2014 bahawa pelebaran jalan FT54 dan B131 (Jalan Kubu Gajah) akan dimulakan di bawah RMK11 Apakah status perancangan tersebut?
-
Bilakah projek tersebut akan dimulakan?
84) TERDAPAT DUA BUAH PASAR DI DUN LEMBAH JAYA
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Pasar Bandar Baru Ampang, bagaimana boleh berlaku tiga perempat dari kawasan pasar dimonopoli oleh seorang peniaga sahaja (bahagian bawah) yang dikenali sebagai ÒTOP ZELLERÓ?
-
Pasar Tasek Permai, bilakah Kerajaan akan menaik taraf pasar tersebut supaya ianya lebih maju dan berdaya saing dengan keadaan masa kini?
84) BUTIRAN PENERIMA IPR DUN BALAKONG
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Bertulis
-
Sila memberi butiran (seperti bilangan penerima, jumlah peruntukan dan jenis bantuan) penerima program IPR (seperti SMUE, KISS/Bingkas, Skim Ceria, RIDE, Air Percuma dan lain-lain) di DUN Balakong mengikut tahun dari tahun 2018 sehingga sekarang.
84) PEDULI SISWA
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Bagaimana Kerajaan Negeri Selangor dapat membantu pelajar-pelajar Timur Tengah yang mendapat tawaran belajar di sana seperti Peduli Siswa untuk pelajar tempatan?
84) BANJIR KILAT HULU SELANGOR
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Mulut
-
Senaraikan perbelanjaan Majlis Daerah Hulu Selangor untuk menyelesaikan masalah-masalah banjir kilat di dalam DUN Batang Kali dari tahun 2008 hingga 2013.
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Majlis Daerah Hulu Selangor dalam menyelesaikan masalah-masalah banjir berkenaan.
-
Namakan kawasan-kawasan kerap banjir termasuk banjir kilat yang di dalam tindakan Majlis Daerah Hulu Selangor di dalam DUN Batang Kali.
84) LOJI RAWATAN AIR SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan loji-loji rawatan air di Selangor dan nyatakan i. kapasiti pengeluaran ii. sumber air mentah (dari sungai apa) setiap loji ini.
84) JAMBATAN SIMPANG LIMA
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
-
Keselamatan jambatan Simpang Lima amat merisaukan. Adakah JKR akan menukar 'Railing' ke 'Railing' Roller untuk meningkatkan ciri-ciri keselamatan?
84) SKIM PEDULI SIHAT
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah terkini penerima Kad Skim Peduli Sihat mengikut DUN.
-
Nyatakan jumlah perbelanjaan sehingga kini mengikut DUN.
84) PENCEMARAN ALAM SEKITAR SERIUS OLEH SEBUAH KILANG DI LOT 15217, JALAN UDANG GANTUNG, TELOK GONG, PELABUHAN KLANG
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Bertulis
-
Sebuah kilang di Lot 15217, Jalan Udang Gantung, Telok Gong, Pelabuhan Klang telah sangat mencemari persekitaraan dengan sentiasa membakar tayar dan mengeluarkan minyak dan cecair kimia yang sangat berbau. Banyak aduan telah dibuat kepada Majlis Perbandaran Klang tetapi kilang tersebut masih terus melakukan pencemaran dan sangat menderita penduduk-penduduk di sekitar kawasan tersebut. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk menghalang pencemaran alam sekitar yang serius tersebut terus dilakukan?
84) PKPS AGRO INDUSTRIES SDN BHD.
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah garis panduan Kerajaan Negeri terhadap pembayaran balik pinjaman sebanyak RM30.10 juta yang diperolehi Premium Sanitised Products Sdn Bhd bagi menguruskan Projek Pemprosesan Salad dan Jus Buah-buahan Tropika?
-
Apakah garis panduan Kerajaan Negeri terhadap pembayaran balik pinjaman sebanyak RM10 juta yang diperolehi Premium Agro Products Sdn Bhd bagi menguruskan Projek R&D Sisa Buangan Kepada Bentuk Baja Organik?
-
Apakah garis panduan Kerajaan Negeri terhadap pembayaran balik pinjaman sebanyak RM50.20 juta yang diperolehi Premium Bioherbs Sdn Bhd Projek Teknologi Nano Mengekstrak Bahan Aktif Herba Tempatan?