84) TASKA DAN NURSERI DI TEMPAT KERJA
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Senaraikan premis-premis Kerajaan yang menyediakan perkhidmatan taska dan nurseri.
-
Apakah bentuk insentif yang disediakan oleh Kerajaan Negeri bagi menggalakkan pihak swasta menyediakan nurseri kanak-kanak untuk warga kerja mereka?
-
Apakah kadar perbandingan antara agensi Kerajaan dan swasta yang menyediakan kemudahan nurseri?
84) BEKALAN AIR
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim
Kategori: Mulut
-
Kerajaan negeri mendakwa bekalan air cukup kepada rakyat Selangor sehingga 2019 berbanding laporan awal pihak kementerian yang mengatakan krisis bekalan meruncing tahun 2014. Apakah asas dakwaan ini dan siapakah konsultan yang mengkaji unjuran tersebut ?
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor sedia bertanggungjawab jika krisis bekalan air berlaku lebih awal ?
84) PROJEK PEMBESARAN PELABUHAN KLANG
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah aliran trafik domestik dan antarabangsa di Northport dan Westport di bawah Lembaga Pelabuhan Klang bagi 3 tahun kebelakangan? Bilakah kerja-kerja pembesaran Westport akan berlangsung?
84) IBU TUNGGAL
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Berapakah bilangan ibu tunggal yang direkodkan di Kuala Langat mengikut DUN dan pecahan kaum?
-
Sila berikan senarainya untuk DUN Banting.
84) TANAH PERKUBURAN ISLAM
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor sedar bahawa Kerajaan Negeri telah menyediakan rizab perkuburan untuk orang Islam, orang Cina dan orang India di Batu 3 Mukim Damansara Petaling Jaya Selangor. Berapakah keluasan tanah yang disediakan untuk tapak-tapak perkuburan tersebut?
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor sedar sebahagian daripada tanah perkuburan Islam tersebut telah pun di ceroboh?
-
Apakah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk menyelesaikan masalah tersebut?
84) TANAH RUNTUH BUKIT GASING
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan untuk membaik pulih dan mengatasi insiden-insiden tanah runtuh di Bukit Gasing, Petaling Jaya dan jangka masa tindakan tersebut
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk merampas tanah-tanah persendirian yang terlibat dengan tanah runtuh
84) SENARAI KERANI KAWASAN PUSAT KHIDMAT ADN
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Berikan senarai kerani kawasan yang ada di setiap DUN yang menerima emolumen melalui jawatan kontrak sejak tahun 2018.
84) PEMBELAAN KAUM PEKERJA
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan atau dasar Kerajaan Negeri untuk memastikan bahawa pekerja (terutama swasta) terbela jika wujud atau di syaki di aniaya oleh majikan-majikan?
84) PENCEMARAN SUNGAI
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Nyatakan perbandingan jumlah pencemaran sungai yang telah berlaku di Selangor dari 2014-2016 mengikut daerah.
-
Nyatakan tahun yang berlaku pencemaran sungai tertinggi dalam sejarah Selangor dan jumlahnya
84) YAYASAN SELANGOR
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohamad Khir Bin Toyo
Kategori: Bertulis
-
Yayasan Selangor pernah dilaporkan mengalami kerugian dan salah laku penggunaan dana untuk program yang tidak wajar. Bagaimanakah prestasi kewangan Yayasan Selangor sekarang?
-
Siapakah pasukan pengurusan Yayasan Selangor dan latar belakang kelayakan mereka?
-
Apakah strategi Yayasan untuk memastikan anak-anak Selangor luar bandar mendapat pendidikan di sekolah-sekolah terbaik di bandar?