84) PEMBANGUNAN INDUSTRI PELANCONGAN DI SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan sedar bahawa chalet-chalet di bawah kelolaan Tourism Selangor di Sungai Chongkak, didapati terlalu usang?
-
Jika ya, apakah langkah-langkah yang akan diambil?
-
Minta dibentangkan usaha-usaha pembangunan Pelancongan Negeri Selangor yang lepas dan perancangan akan datang secara menyeluruh.
84) SKIM CERIA
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong
Kategori: Bertulis
-
Selepas tamat Skim Ceria, apakah rancangan Kerajaan bagi meneruskan program serupa yang berkesan membantu pengurusan rumah berstrata kos rendah?
84) MUZIUM PERMAINAN DI ATAS BUKIT MALAWATI KUALA SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Mulut
-
Apakah perkembangan yang boleh dinyatakan berkaitan Muzium Permainan tersebut yang telah terbakar?
-
Apakah tidak ada cadangan dari Kerajaan Negeri untuk membaik pulih atau membina baru Muzium tersebut?
84) HOSPITAL SHAH ALAM
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan bilakah tarikh sebenar kerja-kerja pembinaan hospital tersebut dimulakan dan tarikh dijangkakan siap sepenuhnya?
-
Sila nyatakan berapakah jumlah keseluruhan kos pembinaan hospital tersebut?
-
Apakah dengan pembinaan hospital tersebut dapat menampung permintaan seluruh warga Bandaraya Shah Alam?
84) KAMPUNG ORANG ASLI
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Bertulis
-
Berapakah bilangan kampung orang asli yang terdapat di seluruh Negeri Selangor? Sila senaraikan lokasi-lokasi serta bilangan penduduknya
-
Selain daripada sumbangan kewangan yang diberi oleh kerajaan, apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk meningkatkan taraf hidup mereka?
84) PEKERJA ASING DI RESTORAN DAN PREMIS MAKANAN
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri dalam memastikan setiap pekerja asing yang menjadi pelayan di restoran dan premis dalam tahap kesihatan dan piawaian kerja yang baik dan berkualiti
-
Adakah program yang di laksanakan dan berapa ramai yang terlibat.
84) SMART SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kategori: Mulut
-
Apa jenis projek Smart Selangor yang dirancang dan dilaksanakan pada tahun 2018-2019?
-
Berapa jumlah peruntukan yang disalurkan kepada SSDU pada tahun 2018 dan 2019?
84) PROGRAM IBU TUNGGAL
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Mulut
-
Program Ibu Tunggal amatlah baik jika kita tadbir-urus dengan sempurna. Masih terdapat ramai lagi ibu tunggal yang belum dibela. Apakah program-program yang telah dan akan dilancarkan?
-
Bagaimanakah dengan pendaftaran mereka?
-
Berapa ramaikah yang telah mendapat faedah melalui Program Ibu Tunggal sehingga kini?
84) PUNGUTAN SISA PEPEJAL
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei
Kategori: Bertulis
-
Apakah jumlah peruntukkan dan kos perbelanjaan yang diberikan kepada KDEBWM untuk menguruskan pungutan sisa pepejal bagi seluruh pbt di negeri Selangor?
-
Mengapa tidak menyerahkan semua kerja perbersihan awam untuk diuruskan sepenuhnya oleh KDEB? Sebagai contoh, Jabatan Taman MBDK juga melakukan kerja memotong rumput di beberapa taman. Ini menyebabkan kekeliruan dalam kalangan orang awam.
84) KONVENSYEN IBU TUNGGAL
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Apakah perincian program konvensyen ibu tunggal tersebut?
-
Apakah manfaat kepada ibu tunggal yang menghadiri konvensyen ini?