83) PROGRAM TUISYEN RAKYAT SELANGOR (PTRS)
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Mulut
-
Apakah perkembangan terkini Program Tuisyen Rakyat Selangor?
83) SUMBANGAN KEPADA RUMAH IBADAT
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan semua rumah ibadat di DUN Selat Klang yang telah diberi sumbangan oleh Kerajaan Negeri dari 2008-2017
-
Sila nyatakan sekali jumlah sumbangan
-
Nyatakan pemohon yang telah menerima sumbangan
83) MAKSUD “TUNGGAKAN CUKAI TAKSIRAN YANG DIBAJET”
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Tunggakan cukai taksiran yang dibajet untuk tahun 2020 oleh MPKL ialah RM6 juta. Berapakah jumlah keseluruhan tunggakan sehingga sekarang? Apakah maksudnya "tunggakan cukai taksiran yang dibajet" kerana tunggakan merupakan semua wang yang perlu dikutip untuk tahun 2019 dan tahun-tahun sebelumnya tetapi belum dikutip, dan ianya tidak perlu dicatat sebagai "Tunggakan cukai taksiran yang dibajet"?
83) PROGRAM KITAR SEMULA
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni
Kategori: Mulut
-
Berapa banyakkah pusat kitar semula yang masih beroperasi sehingga kini, serta keberkesanannya. senaraikan mengikut jenis?
-
Apakah program kitar semula untuk baja kompas oleh pbt mencapai objektif?
-
Apakah peranan yang boleh dimainkan oleh komuniti untuk menjana program kitar semula?
83) JALAN PINTASAN RAWANG
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Adakah JKR Selangor mempunyai maklumat Jalan Pintasan Rawang yang bertakung air semasa hujan lebat menyebabkan jalan tutup sementara untuk laluan? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.
-
Adakah JKR Selangor mempunyai maklumat jadual pembersihan longkang sepanjang Jalan Pintasan Rawang memandangkan rumput tumbuh di dalam longkang dapat dilihat dengan jelas? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.
83) USAHAWAN
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jumlah peserta Hijrah dan jumlah peruntukan yang diluluskan untuk setiap DUN seluruh Negeri Selangor
83) PENYELESAIAN MASALAH BANJIR DI SELAYANG
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal
Kategori: Mulut
-
Banjir kilat di beberapa kawasan Selayang masih berlarutan sehingga ke hari ini dan mengganggu kesejahteraan hidup rakyat dan keselamatan harta benda. Apakah tindakan penambahbaikan yang telah diambil sejak dua tahun yang lalu oleh Pihak Berkuasa Tempatan bagi mengurangkan masalah banjir di kawasan-kawasan ini
-
Ingin tahu apakah perancangan yang telah dibuat dalam projek pembangunan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) oleh Pihak Berkuasa Tempatan ke arah menangani masalah banjir ini secara berkesan supaya rakyat tidak merasa bimbang setiap kali tibanya musim hujan.
83) SELANGOR HALAL HAB GLOBAL
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Apakah status menjadikan Selangor sebagai Halal Hab Global?
83) KOS OPERASI BAS SMART SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof
Kategori: Bertulis
-
Berapakah kos terperinci operasi Bas Smart Selangor untuk tahun 2018 dan tahun 2019?
83) RUMAH MAMPU MILIK
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Senaraikan pembeli rumah mampu milik mengikut kategori rumah,kaum,umur dan jumlah pendapatan mengikut pecahan daerah.
-
Apakah polisi Kerajaan Negeri bagi membantu golongan keluarga muda untuk membeli rumah mampu milik?
-
Senaraikan jumlah unit dan lokasi rumah mampu milik secara sewa beli.