83) Geopark Di Bukit Tabur Dan Permatang Kuartza
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Bagi pembangunan geopark di lokasi di atas:- Apakah peranan utama : LUAS, JPS, JPBD, Jabatan Perhilitan Selangor, JMG Selangor, Jabatan Perhutanan Selangor, MPAJ, MPS, Jabatan Perhutanan dan PDT(Gombak)?
-
Entiti manakah yang mempunyai kuasa tertinggi untuk mengetuai tindakan pembangunan tersebut?
83) GOTONG-ROYONG DI KUALA LANGAT
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan bilangan gotong-royong dan kos yang dibelanjakan untuk setiap gotong-royong yang telah dilaksanakan mengikut zon Majlis Perwakilan Penduduk di Kuala Langat sejak tahun 2013 sehingga sekarang.
83) JUMLAH EMOLUMEN BAGI KETUA JAIS
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan jumlah emolumen, elaun serta semua kemudahan bagi Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
83) USAHAWAN
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Dato' Haji Raja Ideris Bin Raja Ahmad
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan bilangan usahawan, jenis bidang dan program pembangunan usahawan yang dilaksanakan mengikut daerah sepanjang tahun 2009
83) PENGURUSAN TANAH PERKUBURAN
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Bertulis
-
Apakah tujuan caruman kubur diwujudkan? Berapakah jumlah caruman yang ada mengikut PBT atau Daerah?
-
Bagaimanakah ianya dibelanjakan atau disalurkan?
-
Siapakah yang bertanggungjawab menguruskan dan menyelenggara tanah-tanah perkuburan Cina dan India?
83) SUKAN LAYAR
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan bersedia membantu menyediakan kemudahan prasarana pusat latihan sukan perahu layar di Pantai batu Laut?
-
Berapakah peruntukan kerajaan bagi membantu memajukan sukan perahu layar bagi tahun 2010 - 2014?
83) PENJIMATAN
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof
Kategori: Bertulis
-
Memohon data penjimatan yang berjaya dilakukan dari segi perolehan Kerajaan Negeri dari tahun 2016 sehingga 2019.
83) LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMATUHI ALAM SEKITAR NEGERI SELANGOR DAPAT DIURUS DENGAN BAIK
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri melalui PBT atau agensi berkaitan, secara jangka pendek dan panjang merancang kaedah pelupusan sisa pepejal (sampah domestik) secara alami dan ekonomik selain sistem pelupusan di kawasan terbuka sedia ada ketika ini?
-
Apakah usaha Kerajaan untuk mengelakkan isu pencemaran di Pasir Gudang tidak berlaku di Selangor?
-
Apakah langkah-langkah yang telah dan akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mempertingkatkan lagi usaha mengurangkan penggunaan plastik selain kempen beg plastik dan meningkatkan kadar mengitar semula sampah?
83) GOLONGAN RAKYAT TERMISKIN DI DAERAH PETALING
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan bilangan isi keluarga termiskin mengikut kaum dan kawasan DUN di Daerah Petaling pada tahun 2007
-
Senaraikan bilangan unit rumah kos rendah yang telah disediakan di setiap kawasan DUN di Daerah Petaling sehingga sekarang untuk membasmi kemiskinan.
83) PEMBANGUNAN KG FAJAR, HULU KELANG
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Adakah penyelesaian muktamad pembangunan Kg Fajar?
-
Apakah syarat-syarat pembangunan Kg Fajar agar peneroka bandar yang telah menetap di situ lebih 60 tahun dapat hidup dengan selesa?
-
Apakah syarat-syarat yang ditetapkan sekiranya pembangunan ini perlu kepada usahasama antara syarikat pemaju swasta dengan GLC Selangor?