83) PENUKARGANTIAN PAIP AIR BARU DI SELANGOR
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan bilangan projek penggantian paip air lama yang telah dilaksanakan sejak tahun 2019 sehingga sekarang mengikut DUN, dan peruntukan yang telah dibelanjakan untuk setiap projek.
-
Senaraikan kerja-kerja terjadual untuk menggantikan paip mengikut DUN pada tahun 2020.
83) KES GELANDANGAN DI SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Mulut
-
Apakah inisiatif yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi membendung masalah gelandangan di Negeri Selangor?
-
Apakah Kerajaan Negeri boleh membina pusat/ rumah bagi golongan gelandangan?
83) MANIFESTO GALAKAN DAN INSENTIF BERNIAGA
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom
Kategori: Bertulis
-
Apakah status perlaksanaan manifesto tersebut ?
-
Nyatakan skim insentif dan bilangan usahawan yang telah menikmatinya?
-
Berapakah peruntukkan yang telah dibelanjakan?
83) MODEL EKONOMI BARU
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim
Kategori: Mulut
-
Kerajaan Persekutuan mengumumkan Model Ekonomi Baru (MEB) dengan elemen kreativiti, inovasi dan nilai tinggi sebagai teras pelaksanaan Rancangan Malaysia KeSepuluh (RMK-10). Apakah kerajaan negeri mempunyai model ekonomi tersendiri untuk memastikan ekonomi negeri terus kukuh?
-
Apakah kerajaan negeri bersedia untuk menerapkan MEB dalam strategi pembangunan ekonomi negeri?
-
Apakah strategi kerajaan untuk menjana kreativiti, inovasi dan nilai di kalangan rakyat Selangor?
83) PELAN INDUK SUMBER AIR NEGERI SELANGOR
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah objektif, kerangka dan mekanisme utama di dalam pembangunan Pelan Induk Sumber Air Negeri Selangor?
83) KUALITI DAN KEBERKESANAN KHUTBAH JUMAAT
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan kerajaan untuk mendapat maklum balas orang ramai terhadap kualiti dan keberkesanan khutbah Jumaat?
-
Apakah ciri-ciri pengislahan ummah ke arah al-bir wat-taqwa yang mahu dicapai melalui khutbah Jumaat?
-
Apakah perancangan program bagi melahirkan para khatib yang berkesan?
83) MAKSUD “TUNGGAKAN CUKAI TAKSIRAN YANG DIBAJET”
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Tunggakan cukai taksiran yang dibajet untuk tahun 2020 oleh MPKL ialah RM6 juta. Berapakah jumlah keseluruhan tunggakan sehingga sekarang? Apakah maksudnya "tunggakan cukai taksiran yang dibajet" kerana tunggakan merupakan semua wang yang perlu dikutip untuk tahun 2019 dan tahun-tahun sebelumnya tetapi belum dikutip, dan ianya tidak perlu dicatat sebagai "Tunggakan cukai taksiran yang dibajet"?
83) INDUSTRI TERNAKAN
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan masa dekat dan panjang Kerajaan Selangor untuk memastikan bekalan daging di Selangor mencukupi?
-
Apakah perancangan untuk menggalakkan pekerjaan berserta latihan yang sesuai di bidang ini?
-
Apakah perancangan untuk memastikan pembekalan lembu yang sesuai untuk tujuan Korban?
83) SELANGOR HALAL HAB GLOBAL
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Apakah status menjadikan Selangor sebagai Halal Hab Global?
83) JALAN PINTASAN RAWANG
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Adakah JKR Selangor mempunyai maklumat Jalan Pintasan Rawang yang bertakung air semasa hujan lebat menyebabkan jalan tutup sementara untuk laluan? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.
-
Adakah JKR Selangor mempunyai maklumat jadual pembersihan longkang sepanjang Jalan Pintasan Rawang memandangkan rumput tumbuh di dalam longkang dapat dilihat dengan jelas? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.