83) MODEL EKONOMI BARU
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim
Kategori: Mulut
-
Kerajaan Persekutuan mengumumkan Model Ekonomi Baru (MEB) dengan elemen kreativiti, inovasi dan nilai tinggi sebagai teras pelaksanaan Rancangan Malaysia KeSepuluh (RMK-10). Apakah kerajaan negeri mempunyai model ekonomi tersendiri untuk memastikan ekonomi negeri terus kukuh?
-
Apakah kerajaan negeri bersedia untuk menerapkan MEB dalam strategi pembangunan ekonomi negeri?
-
Apakah strategi kerajaan untuk menjana kreativiti, inovasi dan nilai di kalangan rakyat Selangor?
83) KUALITI DAN KEBERKESANAN KHUTBAH JUMAAT
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan kerajaan untuk mendapat maklum balas orang ramai terhadap kualiti dan keberkesanan khutbah Jumaat?
-
Apakah ciri-ciri pengislahan ummah ke arah al-bir wat-taqwa yang mahu dicapai melalui khutbah Jumaat?
-
Apakah perancangan program bagi melahirkan para khatib yang berkesan?
83) MAKSUD “TUNGGAKAN CUKAI TAKSIRAN YANG DIBAJET”
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Tunggakan cukai taksiran yang dibajet untuk tahun 2020 oleh MPKL ialah RM6 juta. Berapakah jumlah keseluruhan tunggakan sehingga sekarang? Apakah maksudnya "tunggakan cukai taksiran yang dibajet" kerana tunggakan merupakan semua wang yang perlu dikutip untuk tahun 2019 dan tahun-tahun sebelumnya tetapi belum dikutip, dan ianya tidak perlu dicatat sebagai "Tunggakan cukai taksiran yang dibajet"?
83) SELANGOR HALAL HAB GLOBAL
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Apakah status menjadikan Selangor sebagai Halal Hab Global?
83) JALAN PINTASAN RAWANG
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Adakah JKR Selangor mempunyai maklumat Jalan Pintasan Rawang yang bertakung air semasa hujan lebat menyebabkan jalan tutup sementara untuk laluan? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.
-
Adakah JKR Selangor mempunyai maklumat jadual pembersihan longkang sepanjang Jalan Pintasan Rawang memandangkan rumput tumbuh di dalam longkang dapat dilihat dengan jelas? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.
83) PERLINDUNGAN ALAM SEKITAR
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Apakah peruntukan undang-undang yang akan diketatkan berkaitan dengan pembangunan di lereng bukit?
-
Apakah sungai-sungai yang akan dibersihkan dalam tempoh 5 tahun?
-
Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri dalam mempromosi teknologi hijau?
83) LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMATUHI ALAM SEKITAR NEGERI SELANGOR DAPAT DIURUS DENGAN BAIK
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri melalui PBT atau agensi berkaitan, secara jangka pendek dan panjang merancang kaedah pelupusan sisa pepejal (sampah domestik) secara alami dan ekonomik selain sistem pelupusan di kawasan terbuka sedia ada ketika ini?
-
Apakah usaha Kerajaan untuk mengelakkan isu pencemaran di Pasir Gudang tidak berlaku di Selangor?
-
Apakah langkah-langkah yang telah dan akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mempertingkatkan lagi usaha mengurangkan penggunaan plastik selain kempen beg plastik dan meningkatkan kadar mengitar semula sampah?
83) BUTIRAN PROJEK SKIM CERIA
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Bertulis
-
Sila memberi butiran projek Skim Ceria yang telah atau sedang dilakukan di DUN Balakong dari tahun 2018 sehingga sekarang.
83) HUTAN SIMPAN BUKIT LAGONG
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kategori: Mulut
-
Apa perkembangan terkini tentang isu penyahwartaan sebahagian daripada Hutan Simpan Bukit Lagong kepada PKNS dan satu lagi syarikat swasta untuk projek perumahaan?
-
Selepas sesi "townhall" tahun lepas, bila sesi pendengaran awam akan diadakan?
83) PENYELESAIAN MASALAH BANJIR DI SELAYANG
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal
Kategori: Mulut
-
Banjir kilat di beberapa kawasan Selayang masih berlarutan sehingga ke hari ini dan mengganggu kesejahteraan hidup rakyat dan keselamatan harta benda. Apakah tindakan penambahbaikan yang telah diambil sejak dua tahun yang lalu oleh Pihak Berkuasa Tempatan bagi mengurangkan masalah banjir di kawasan-kawasan ini
-
Ingin tahu apakah perancangan yang telah dibuat dalam projek pembangunan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) oleh Pihak Berkuasa Tempatan ke arah menangani masalah banjir ini secara berkesan supaya rakyat tidak merasa bimbang setiap kali tibanya musim hujan.