82) BIASISWA NEGERI SELANGOR
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Bertulis
-
Berapa biasiswa telah diberi pada tahun 2024 dan berapa penerimanya? Apakan peratusan penerima-penerima biasiswa ini bekerja atau berkhidmat di Selangor terutamanya bekerja sebagai penjawat awam Negeri Selangor?
82) SKIM AIR PERCUMA
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Apakah status Skim Air Percuma 20 liter padu pertama kepada kumpulan berpendapatan kurang RM 4 Ribu?
-
Berapa banyak permohonan yang diterima telah diluluskan
-
Berapakah jumlah penerima yang dijangkakan dalam skim ini?
82) PROJEK TEBATAN BANJIR DI JALAN KUYUH
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ean Yong Hian Wah
Kategori: Mulut
-
Apakah fokus dan jumlah projek tebatan banjir di Jalan Kuyuh yang diperuntukkan dibawah RMK terbaru?
-
Adakah ia akan memberi perhatian lebih kepada kawasan Selangor atau Kuala Lumpur?
82) MAHKAMAH SYARIAH
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila senaraikan jumlah Mahkamah Syariah yang terdapat di Negeri Selangor mengikut pecahan daerah
-
Sila nyatakan berapakah jumlah bilangan Mahkamah Syariah baru yang masih dalam proses pembinaan dan jumlah peruntukan yang disalurkan ?
-
Sila nyatakan siapakah nama kontraktor dan lembaga pengarah yang dilantik untuk membina Mahkamah Syariah di Negeri Selangor mengikut susunan daerah ?
82) PELABUR ASING
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Mulut
-
Memandangkan kemelesetan ekonomi mencecah peringkat yang membimbangkan serta kejatuhan nilai wang Ringgit Malaysia, apakah langkah- langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk menarik pelaburan asing ke Negeri Selangor?
82) ROMBONGAN MELAWAT SAMBIL BELAJAR OLEH ADUN, EXCO DAN KAKITANGAN KERAJAAN
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan semua rombongan dan ahli-ahli yang terlibat dalam melawat sambil belajar dari tahun 2004 hingga 2007?
-
Sila sebutkan perbelanjaan untuk setiap rombongan
82) PUSAT DIALISIS MESRA SELANGOR
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Pang Sock Tao
Kategori: Mulut
-
Apakah status pembangunan Pusat Dialisis Mesra Selangor, adakah ia dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan?
-
Nyatakan jumlah pesakit dan peruntukan diagih kepada Pusat Dialisis Rakyat yang telah beroperasi sejak 2010.
-
Apakah jenis bantuan yang boleh didapatkan oleh pesakit dialisis bawah Kerajaan Selangor?
82) LESEN-LESEN PERNIAGAAN
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan bilangan lesen bagi pusat-pusat ÒpubÓ, disko, dangdut, karaoke, rumah urut, empat nombor ekor, slot-machine dan snooker yang telah diluluskan menurut majlis daerah atau majlis perbandaran.
-
Berapakah hasil pendapatan daripada pusat-pusat seperti di atas menurut daerah atau majlis perbandaran
-
Apakah dasar Kerajaan Negeri terhadap kelulusan lesen bagi pusat-pusat di atas sekiranya terbukti bahawa ianya lebih membawa unsur-unsur negatif terhadap proses dan program pembangunan insan rakyat Negeri Selangor.
82) PENCEMARAN ASAP KILANG
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Apakah dasar Kerajaan Negeri untuk memastikan kilang - kilang yang mengeluarkan asap mematuhi peraturan alam sekitar?
-
Apakah tindakan tegas yang telah diambil terhadap kilang - kilang yang masih tidak mematuhi peraturan alam sekitar mengenai kawalan asap kilang yang mencemarkan di lembah Klang?
82) JALAN MENGHUBUNGI SUNGAI KELAMBU DAN GENTING SANYEN
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Kerajaan bercadang untuk membina Jalan menghubungi Sungai Kelambu dan Genting Sanyen yang menelan belanja RM11 juta. Apakah status projek ini pada masa sekarang?