82) PADANG BOLA SEPAK DI BAWAH PBT
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan bilangan padang bola sepak menurut PBT di seluruh Selangor.
-
Senaraikan kos-kos (actual costs) yang terlibat sekiranya setiap padang di atas diselenggara menurut spesifikasi yang ditetapkan
-
Adakah Kerajaan ada rancangan untuk menyalurkan geran khas secara berjadual bagi penyelenggaraan padang-padang tersebut?
82) PENYEDIAAN PERKHIDMATAN WIFI
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Apakah status penyediaan perkhidmatan (WIFI) di Negeri Selangor dan adakah perkhidmatan ini akan turut meliputi kawasan luar bandar ?
82) FALSAFAH HORMAT WANITA
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Berpegang kepada falsafah Hormat Wanita, apakah usaha kerajaan dalam merealisasikan perkara ini?
82) BIASISWA NEGERI SELANGOR
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Bertulis
-
Berapa biasiswa telah diberi pada tahun 2024 dan berapa penerimanya? Apakan peratusan penerima-penerima biasiswa ini bekerja atau berkhidmat di Selangor terutamanya bekerja sebagai penjawat awam Negeri Selangor?
82) UNDANG-UNDANG KECIL PBT
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Syamsul Firdaus Bin Mohamed Supri
Kategori: Mulut
-
Adakah terdapat sebarang undang-undang atau peraturan yang mengekang aktiviti dan operasi perniagaan oleh warganegara asing di dalam Negeri Selangor?
-
Adakah terdapat sebarang penambahbaikan terhadap undang-undang atau peraturan tersebut jika ianya ada?
-
Adakah penguatkuasaan terhadap warganegara asing oleh PBT itu berhasil?
82) JUMLAH RUMAH PRIHATIN YANG DIBINA
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan jumlah rumah orang miskin yang dibina di bawah Kerajaan Prihatin Selangor sejak 2008 di DUN Selat Klang
-
Jumlah rumah yang dibaikpulih bawah skim dan tempoh yang sama
82) LADANG KERANG DI PERAIRAN SABAK BERNAM
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan negeri telah meluluskan lot - lot kepada pengusaha ladang ternakan kerang di sepanjang perairan sabak bernam khususnya di kawasan sungai air tawar?
-
Berapa banyak kelulusan yang telah dikeluarkan kepada permohonan syarikat, individu atau persatuan nelayan tempatan?
82) PROJEK TEBATAN BANJIR DI JALAN KUYUH
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ean Yong Hian Wah
Kategori: Mulut
-
Apakah fokus dan jumlah projek tebatan banjir di Jalan Kuyuh yang diperuntukkan dibawah RMK terbaru?
-
Adakah ia akan memberi perhatian lebih kepada kawasan Selangor atau Kuala Lumpur?
82) WIFI PERCUMA
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Bertulis
-
Apakah status perkhidmatan wifi percuma Kerajaan di seluruh Negeri Selangor?
-
Apakah usaha Kerajaan bagi memastikan kemudahan wifi percuma ini berfungsi dengan baik?
-
Berapakah jumlah lokasi wifi percuma Selangor mengikut daerah di seluruh Selangor?
82) LESEN-LESEN PERNIAGAAN
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan bilangan lesen bagi pusat-pusat ÒpubÓ, disko, dangdut, karaoke, rumah urut, empat nombor ekor, slot-machine dan snooker yang telah diluluskan menurut majlis daerah atau majlis perbandaran.
-
Berapakah hasil pendapatan daripada pusat-pusat seperti di atas menurut daerah atau majlis perbandaran
-
Apakah dasar Kerajaan Negeri terhadap kelulusan lesen bagi pusat-pusat di atas sekiranya terbukti bahawa ianya lebih membawa unsur-unsur negatif terhadap proses dan program pembangunan insan rakyat Negeri Selangor.