81) TANAH YAYASAN BASMI KEMISKINAN (YBK)
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun:
Kategori: Mulut
-
Mahkamah memutuskan bahawa tindakan kerajaan negeri melucutkan tanah milik YBK di Serendah dan memulangkan bayaran cukai sebagai tidak sah dan terbatal. Apakah kerajaan negeri tidak mendapat nasihat perundangan ketika melakukan tindakan perlucutan dan pemulangan cukai terdahulu?
-
Apakah kerajaan negeri bercadang untuk mempertimbangkan projek UiTM di Serendah?
-
Apakah inisiatif kerajaan negeri untuk membantu golongan miskin melalui NGO- NGO?
81) INDUSTRI PERKHIDMATAN DAN PERHOTELAN DI BAWAH ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Terdapat tiga hotel iaitu Quality Hotel City Centre, Quality Hotel Shah Alam dan Brisdale Hotel dan juga Peransang Templer Golf Club di bawah Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB). Sila kemukakan butiran untung rugi setiap perkhidmatan di atas sejak tahun 2004 hingga 2008
-
Sila senaraikan pelanggan-pelanggan korporat utama yang menggunakan perkhidmatan di atas.
-
Apakah nilai buku (book value) dan nilai pasaran (market value) bagi setiap perkhidmatan di atas dalam kedudukan semasa
81) INDUSTRI TERNAKAN BABI
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal
Kategori: Mulut
-
Kita mengambil maklum bahawa Kerajaan Negeri telah meluluskan Projek Ternakan Moden Babi di Selangor. Baru-baru ini didapati kes penyakit selesema babi H1N1 telah melanda dunia secara global dan Malaysia tidak terkecuali dari terkena gejala penyakit ini. Apakah Kerajaan Negeri Selangor akan meneruskan Projek Ternakan Moden Babi ini setelah mendapati ianya amat berisiko tinggi kepada kesihatan umum bukan sahaja kepada masyarakat sekitar tetapi kepada negara secara keseluruhan
-
Apakah langkah-langkah pencegahan yang diambil Kerajaan Negeri supaya penyakit ini tidak menular di kalangan ladang-ladang ternakan babi sedia ada di Negeri Selangor
81) PERGANTUNGAN PEKERJA ASING
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Bertulis
-
Apakah usaha kerajaan negeri dalam mengurangkan pergantungan pekerja asing terutamanya di sektor pembinaan dan pertanian?
81) SISTEM PERLANTIKAN AJK MASJID YANG BARU
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Sistem pemilihan AJK Masjid di seluruh Selangor dibuat secara lantikan oleh anak kariah secara terbuka melalui pemilihan undi terbuka sejak dahulu. Adakah sistem pemilihan ini terus dipraktikkan pada masa yang akan datang?
-
Adakah pihak kerajaan bercadang untuk membuat penambahbaikan dengan mengadakan sistem yang lebih berkesan dan bersistematik dengan data yang lengkap dan sepadu
81) BAIKPULIH BALAIRAYA JKKK BAGAN HAILAM
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Bertulis
-
Bilakah projek baikpulih balairaya tersebut yang telah dimohon JKKK sejak 2 tahun?
81) BANTUAN KEWANGAN KEPADA SEKOLAH
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan pecahan bantuan kewangan yang dihulurkan oleh Kerajaan Selangor kepada setiap SJKC, SJKT, Sekolah Mubaligh dan Sekolah Agama di daerah Kuala Langat sejak tahun 2008.
81) CUKAI TAKSIRAN
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
-
Adakah tanah yang belum dibangunkan dihendaki membayar cukai taksiran kepada PBT?
-
Dalam apakah keadaan cukai tersebut boleh dikecualikan?
-
Sila senaraikan tanah-tanah milik yang tidak bayar cukai taksiran bawah MPAJ
81) PBT- SAMPAH
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah kontraktor pelupusan sampah yang mendapat faedah meminjam lori pemampat (lori kompektor) sehingga kini?
-
Apakah dasar dan peraturan bagi menjamin lori kompektor milik kerajaan Negeri Selangor diurus dan dijaga dengan baik?
81) SKIM AIR DARUL EHSAN
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Bertulis
-
Berapa bilangan penerima SADE mengikut DUN dan jumlah peruntukan yang telah digunakan?
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk menggalakkan penjimatan air per kapita?