81) EKO PELANCONGAN
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan yang telah dilakukan dalam usaha menaikkan kawasan Hulu Selangor sebagai kawasan eko pelancongan tahun ini?
-
Nyatakan jumlah kos yang sudah digunakan untuk tujuan promosi pelancongan
81) KENAIKAN TAMBANG BAS SEKOLAH
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Bertulis
-
Adakah kerajaan negeri mempunyai perancangan bagi menangani kenaikan tambang bas sekolah?
-
Apakah peranan kerajaan negeri bagi memastikan ibu bapa tidak terbeban dengan kenaikan tambang bas sekolah?
81) PERTUMBUHAN EKONOMI BAGI PENGGAL PERTAMA TAHUN 2017 NEGERI SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
-
Sila menyatakan catatan pertumbuhan ekonomi bagi penggal pertama Tahun 2017 di Negeri Selangor
-
Apakah perancangan serta strategik Kerajaan Negeri untuk memperkasa aktiviti ekonomi tempatan demi menjamin kesejahteraan, kemakmuran dan keharmonian Rakyat terus dijaga ?
81) KELEWATAN PENDAFTARAN PINDAHMILIK HAKMILIK STRATA DI PEJABAT-PEJABAT TANAH DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Bertulis
-
Apakah sebab untuk pejabat-pejabat tanah di Negeri Selangor mengambil masa begitu lama, iaitu melebihi enam (6) bulan untuk mendaftarkan pindah milik bagi hak milik strata apabila hak milik-hak milik bukan strata hanya diperlukan tujuh (7) hari untuk pendaftaran?
-
Apakah langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengatasi kelewatan pendaftaran pindah milik hak milik strata dan mempercepatkan proses tersebut?
81) SKIM HIJRAH SELANGOR
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah peruntukan yang sudah disalurkan menerusi Skim Hijrah Selangor setakat ini?
-
Nyatakan jumlah peniaga mengikut pecahan DUN.
-
Berapakah jumlah pinjaman tertinggi yang diberikan setakat ini mengikut pecahan perniagaan?
81) ALAM SEKITAR UNTUK KAWASAN PERUMAHAN
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Mulut
-
Adakah sebarang program atau rancangan khas kerajaan untuk menggalakkan masyarakat terlibat dalam usaha menjaga alam sekitar?
-
Berapakah peruntukan kewangan di sediakan untuk maksud tersebut?
-
Sejauh manakah program tersebut telah berjaya?
81) PENGURUSAN SISA PEPEJAL OLEH PBT
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan apakah keberkesanan pengurusan sisa pepejal yang dikendalikan sendiri oleh PBT ?
-
Sila nyatakan berapakah jumlah penjimatan yang dapat diperolehi oleh setiap PBT jika dibandingkan semasa pengurusan dibawah Syarikat Alam Flora ?
-
Sila kemukakan pendekatan-pendekatan proaktif yang dilakukan oleh pihak PBT dalam menangani permasalahan sisa pepejal.
81) HOTEL BAJET
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan statistik jumlah hotel bajet dari tahun 2010-2015 mengikut PBT.
-
Nyatakan jumlah cukai yang diambil dari hotel bajet dari tahun 2010-2015 mengikut PBT.
81) PROGRAM JOM SHOPPING
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
-
Memandangkan program ini telah mendatangkan komen yang tidak dapat memuaskan semua penduduk di DUN masing-masing dan sering berlaku pertengkaran antara pegawai pusat khidmat dan penduduk, adakah Kerajaan akan menukar kepada program yang lebih mendatangkan imej yang baik kepada Kerajaan Selangor?
-
Bolehkah Kerajaan Selangor menghentikan JSP dengan serta merta?
81) KADAR BIL UTILITI BAGI PONDOK PENGAWAL
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
-
Mengapakah kadar bil TNB dan Air Selangor bagi pondok pengawal di kawasan perumahan dikenakan kadar komersial?
-
Memandangkan pondok pengawal adalah untuk kegunaan keselamatan taman perumahan, bolehkah kadar tersebut ditukar kepada kadar kediaman?