81) HOSPITAL AWAM PETALING JAYA

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis


  1. Menurut RTPJ 2 tapak yang telah diwartakan PBN Selangor pada 2011 kini diduduki kontena Nasional bakal dibangunkan semula bagi tujuan pembinaan hospital awam, SOHO dan perumahan. Bilakah Kerajaan Selangor akan mulakan usaha pembinaan Hospital Awam di PJ?

  2. Adakah kerajaan Negeri akan melakukan pengambilalihan tanah bagi tujuan pembangunan hospital awam? Apakah cadangan penyelesaian kepada isu keperluan kemudahan kesihatan yang mendesak bagi penduduk di Petaling Jaya?

81) BANTUAN UNTUK RUMAH IBADAT SELAIN ISLAM

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan setiap tahun dari 2008 hingga 2016 bagi Rumah Ibadat Bukan Islam?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah Rumah Ibadat Selain Islam telah dibantu setiap tahun dari tahun 2008 hingga 2016?

  3. Berapa keluasan tanah yang telah digezetkan kepada Rumah Ibadat Selain Islam dari tahun 2008 hingga 2015?

    Klik jawapan »

81) TANAH TOL

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis


  1. Berapa luaskah tanah TOL yang masih ada di kawasan DUN Meru?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah cukai TOL yang telah dikutip?

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah rancangan PTD Klang untuk membuat pemilikan kekal?

    Klik jawapan »

81) PROGRAM / PROJEK JABATAN PERTANIAN NEGERI

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Haji Raja Ideris Bin Raja Ahmad

Kategori: Mulut


  1. Apakah perancangan dan strategi Jabatan Pertanian Negeri bagi menyediakan ruang dan peluang kepada penganggur kesan kegawatan ekonomi di dalam sektor pertanian?

    Klik jawapan »

  2. Apakah program tanaman secara fertigasi boleh dijadikan satu pakej bantuan bagi membantu penganggur yang berminat di dalam memajukan pertanian?

    Klik jawapan »

81) PENGURUSAN MPKK

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan telah menjalankan penilaian terhadap pencapaian MPKK dalam Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Apakah dapatan daripada penilaian tersebut?

    Klik jawapan »

  3. Apakah tindakan yang diambil jika sesebuah organisasi MPKK itu dianggap gagal?

    Klik jawapan »

81) MASALAH JEREBU

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut


  1. Apakah peranan Kerajaan Negeri dalam membantu menyelesaikan masalah jerebu di Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan bagi membendung masalah ini?

    Klik jawapan »

81) PERMOHONAN LESEN MINUMAN KERAS DI KUALA LANGAT

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan setiap satu permohonan Lesen Minuman Keras yang telah dikemukakan kepada Lembaga Perlesenan Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Langat dan nyatakan sama ada permohonan itu diluluskan, ditolak dan ditangguhkan. Nyatakan sebab ditolak atau ditangguh untuk permohonan yang berkaitan.

    Klik jawapan »

81) SKIM AIR DARUL EHSAN

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Bertulis


  1. Berapa bilangan penerima SADE mengikut DUN dan jumlah peruntukan yang telah digunakan?

    Klik jawapan »

  2. Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk menggalakkan penjimatan air per kapita?

    Klik jawapan »

81) MASALAH KEKELUARGAAN

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah jumlah perkahwinan dalam masyarakat Islam sejak tahun 2010.

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah kes penceraian dan sebab penceraian tersebut?

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah-langkah yang diambil bagi mengurangkan penceraian berlaku di Selangor?

    Klik jawapan »

81) INDUSTRI PENTERNAKAN

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan

Kategori: Mulut


  1. Adakah kerajaan Negeri Selangor menggalakkan industri penternakan ikan air masin di persisiran pantai dan muara sungai dan apakah pandangan Kerajaan Negeri Selangor terhadap cadangan ini?

    Klik jawapan »