80) PERBANDARAN
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Bertulis
-
Berikutan proses perbandaran yang turut memberi kesan kepada budaya dan identiti kampung tradisi, adakah Kerajaan Negeri mempunyai rancangan untuk memelihara nilai-nilai tradisi ini sebagai warisan yang bukan sahaja wajar diturunkan kepada generasi akan datang, tetapi juga penting dalam membangunkan sektor pelancongan negeri?
80) RIZAB PBT BAGI TEMPOH 5 TAHUN
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof
Kategori: Bertulis
-
Memohon data dan perincian jumlah rizab bagi setiap PBT di Negeri Selangor bagi tempoh lima tahun
80) PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN PASCA SPM DI KAWSAN TEMPATAN
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Bertulis
-
Adakah kerajaan negeri akan meneruskan perancangan untuk menyediakan latihan kemahiran kepada pelajar lepasan SPM dan belia menganggur di kawasan DUN mengikut minat dan kepakaran serta sumber setempat seperti kelas baikpulih telefon bimbit, gunting rambut, baikpulih basikal dll?
-
Bilakah ia akan dimulakan?
80) KLINIK SELCARE
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan bilangan pelanggan, bilangan pekerja kesihatan (doktor dan sebagainya) dan perbelanjaan bagi setiap Klinik Selcare.
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri supaya Klinik Selcare lebih dikenali oleh rakyat Selangor?
80) JUMLAH PELAJAR TAJAAN LEMBAGA ZAKAT SELANGOR KE LUAR NEGARA
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Abd Rahman Bin Palil
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah pelajar anak Selangor ke luar negara yang mendapat bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor ?
-
Nyatakan jumlah pelajar ?
-
Berapa jumlah peruntukan yang telah/ akan dibelanjakan?
80) KILANG HARAM
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan bilangan kilang-kilang haram yang telah diputihkan sejak tahun 2008 di setiap PBT atau daerah dan bandingkan pencapaian ini dengan pencapaian sebelum tahun 2008.
81) PENGURUSAN KAWASAN PERINDUSTRIAN
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Perindustrian
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Bertulis
-
Kebanyakan kawasan perindustrian lama terutamanya kawasan perindustrian di dalam kawasan DUN Balakong mengalami masalah kekurangan peruntukan untuk membaiki atau menaiktaraf infrastruktur mereka kerana kawasan-kawasan ini belum diserah balik ke PBT dan hanya bergantung dengan peruntukan Persatuan Pengilang sekiranya kawasan tersebut mempunyai persatuan sebegitu. Apakah usaha yang boleh dilakukan oleh pihak Kerajaan demi membantu dalam keadaan sebegini?
81) BANTUAN UNTUK RUMAH IBADAT SELAIN ISLAM
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan setiap tahun dari 2008 hingga 2016 bagi Rumah Ibadat Bukan Islam?
-
Berapakah jumlah Rumah Ibadat Selain Islam telah dibantu setiap tahun dari tahun 2008 hingga 2016?
-
Berapa keluasan tanah yang telah digezetkan kepada Rumah Ibadat Selain Islam dari tahun 2008 hingga 2015?
81) PERBELANJAAN MARRIS
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof
Kategori: Bertulis
-
Memohon data dan perincian perbelanjaan dana MARRIS Selangor berbanding peruntukan MARRIS yang diberikan bagi tempoh 5 tahun.
81) HOSPITAL AWAM PETALING JAYA
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Menurut RTPJ 2 tapak yang telah diwartakan PBN Selangor pada 2011 kini diduduki kontena Nasional bakal dibangunkan semula bagi tujuan pembinaan hospital awam, SOHO dan perumahan. Bilakah Kerajaan Selangor akan mulakan usaha pembinaan Hospital Awam di PJ?
-
Adakah kerajaan Negeri akan melakukan pengambilalihan tanah bagi tujuan pembangunan hospital awam? Apakah cadangan penyelesaian kepada isu keperluan kemudahan kesihatan yang mendesak bagi penduduk di Petaling Jaya?