80) BANGUNAN TEATER SHAH ALAM
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Apakah status pembinaan bangunan Teater Shah Alam?
-
Apakah tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab menyiapkan projek tersebut?
80) GARIS PANDUAN PENGUBAHSUAIAN RUMAH TERES KEPADA ASRAMA PELAJAR DAN AIRBNB
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan status pelaksanaan Garis Panduan Pengubahsuaian Rumah Teres kepada Asrama Pelajar.
-
Sila nyatakan status pelaksanaan Garis Panduan Pengubahsuaian Rumah Teres untuk kegunaan AirBnB.
80) KUTIPAN CUKAI TANAH
Tahun: 2011
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun:
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah kutipan tanah Negeri Selangor tahun 2010?
-
Apakah tindakan jangka masa pendek dan panjang untuk mengutip tunggakan cukai tanah oleh setiap Pejabat Tanah Daerah?
-
Berapakah kutipan cukai tanah sepanjang tahun 2010 oleh PTD Klang?
80) KEMUDAHAN PEMASANGAN LAMPU AWAM JALAN DI JALANJALAN KAMPUNG TRADISI
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah kemudahan tersebut dapat disediakan di setiap jalan kampung?
-
Berapakah peruntukan setahun dan cadangan meningkatkannya bagi setiap daerah?
-
Bagaimana peruntukan disalurkan?
80) PROJEK METROPOLIS KESIHATAN
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Meminta kerajaan negeri memberi penerangan terperinci terhadap projek kesihatan yang sangat penting terhadap rakyat Petaling Jaya ini
-
Sama kerajaan negeri akan memperuntukkan atau menetapkan supaya sebuah hospital kerajaan didirikan di Petaling Jaya memandangkan rakyat Petaling Jaya perlu hanya bergantung kepada PPUM yang merupakan hospital separuh kerajaan
80) BANTUAN PERUMAHAN KERAJAAN SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh
Kategori: Mulut
-
Senaraikan bantuan/inisiatif perumahan yang Kerajaan Selangor sediakan untuk rakyat Selangor.
-
Berapa banyak permohonan bagi Inisiatif Perumahan tersebut dibuat oleh golongan muda berumur 35 tahun ke bawah?
-
Adakah kerajaan bercadang untuk membina perumahan Selangorku atau memberi inisiatif perumahan khususnya di Permatang?
80) KILANG TANPA IZIN
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Bertulis
-
Berapakah kilang tanpa izin yang telah dikenalpasti di kawasan DUN Balakong?
-
Apakah sebab kilang-kilang ini tidak dapat diputihkan?
80) PRODUK PELANCONGAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Apakah sembilan produk baru pelancongan yang telah dan akan diwujudkan setiap tahun bagi tahun; 2008, 2009, 2010, 2011, 2012?
-
Berapakah peruntukan yang dikhaskan untuk pelancongan dan pulangan daripadanya bagi 2006-2009?
-
Berapakah unjuran pulangan bagi tahun 2010?
80) LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR (LPHS)
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila kemukakan jumlah bilangan permohonan rumah kos rendah yang diterima dan jumlah bilangan permohonan yang berjaya ditawarkan rumah sejak 3 tahun yang lepas oleh LPHS mengikut pecahan kaum dan daerah?
-
Sila kemukakan jumlah bilangan permohonan rumah mampu milik yang diterima dan jumlah permohonan yang berjaya ditawarkan rumah sejak 2 tahun yang lepas mengikut pecahan kaum dan daerah?
-
Sila nyatakan apakah peranan proaktif LPHS selain mengendalikan permohonan rumah kos rendah dan mampu milik?
80) NILAI HAKMILIK NO. 7210 LOT 17394 MUKIM DAMANSARA DAERAH PETALING
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Bertulis
-
Apakah harga atau nilai hakmilik Subang Ria Park iaitu No. 7210, Lot 17394, Mukim Damansara, Daerah Petaling berdasarkan penilaian MBSJ bahagian JPPH yang baru dilaksanakan pada bulan Jun?
-
Sila nyatakan kaedah penilaian.